Secara tiba-tiba bintang pop terkenal dunia yang juga adik lagenda Michael Jackson, Janet Jackson menjadi tumpuan selepas ramai membicarakan tentang fizikal dirinya yang kelihatan ‘lain macam’.
Hidung Janet Jackson dilihat seperti ‘tenggelam’, hal ini membuatkan peminat terkejut dengan perubahan yang tidak disangka itu.
Janet telah membuat penampilan di gala karpet merah di New York, Amerika Syarikat pada minggu lepas, namun yang menjadi perbualan hangat peminat ialah perubahan ikonik pada hidung penyanyi berusia 51 tahun itu.
Pakar bedah plastik, Dr Matthew Schulman berkata hidungnya seperti terdapat beberapa keruntuhan pada struktur hidung dan lubang hidung.
“Ini mungkin hasil daripada pelbagai prosedur pembedahan terdahulu yang menyebabkan kecederaan kepada tulang rawan yang menyokong hidung,” katanya.
Dilaporkan, pada tahun 2006, Janet telah memberitahu kepada sebuah rancangan televisyen, Extra bahawa beliau telah membuat pembedahan hidung sewaktu berumur 16 tahun dan ianya bukan lagi rahsia.
“Adakah saya akan buat pembedahan lagi? Itu saya tidak tahu. Saya pernah lihat ramai wanita di mana hidung mereka ditarik semula dan ianya tidak terlalu comel,” jelas Janet.
Jangan lama-kelamaan, hidungnya cair sudahlah….