Apa yang boleh digambarkan oleh Melania Trump, beliau seorang yang disukai malah dibenci.
Berada disisi Presiden Amerika Syarikat yang paling tidak digemari oleh rakyatnya sendiri, Donald Trump, menjadikan Melania, wanita yang sering dikritik bukan sahaja dari personaliti malah pilihan fesyen yang dibawa sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat. Susahnya menjadi seorang Melania…
Siapa ingat lagi sewaktu hari mengangkat sumpah Donald Trump, baju biru dari Ralph Lauren yang menyaluti tubuh Melania dikecam habis sehingga menjadi kostum Halloween.
BACA: Kesian! Baju Popular Melania Trump Jadi Kostum Halloween
Biasalah bila sudah nampak sebagai figura negatif, apa yang cantik atau elok sekalipun akan terpesong menjadi TIDAK. Sayang sekali bila beberapa gaya fesyen Melania tidak dipandang baik. Walhal fesyen politikal yang dibawanya ada yang sangat cantik dan amat sesuai dengan jawatan yang disandang iaitu ‘FLOTUS’.
Jadi Wanista senaraikan 12 pakaian Melania Trump yang sebenarnya sangat cantik dan menawan sebagai Wanita Pertama. Perhatikan kasut Melania, ia merupakan senjata utama beliau dalam berfesyen!
#1 Gaun putih dengan lilitan lisu kemas merah dipinggang. Rekaan khas dari Hervé Pierre, buat Melania tampak anggun walaupun ringkas untuk Inauguration Ball.
#2 Sekali lagi, beliau tampil nada biru lembut dalam Michael Kors. Tidak mahu kelihatan bosan, Melania bijak tambah mainan corak floral di kasut tumit tinggi Christian Louboutin.
#3 Christian Louboutin warna oren digandingkan dengan baju Missoni hijau, kombinasi blok warna yang tidak semua mampu peragakan.
#4 Memilih gaun biru gelap dari Dior bersama kasut tumit tinggi biru metalik Manolo Blahnik ketika berjumpa dengan Maharaja Akihito dan Maharani Michiko.
#5 Kemas dalam gaun cheongsam olahan Gucci. Melania mengenakan ia ketika acara makan malam di Beijing ketika lawatan rasmi disana.
#6 Tak ragu-ragu mengenakan rekaan berstruktur dari perekal asal Sepanyol, Delpozo. Sudah menjadi kemestian Melania untuk color block baju yang dipakai dengan padanan warna kasut tumit tinggi milik beliau.
#7 Kasual ketika pertama kali pindah masuk di White House. Memilih celana coklat gaya baggy dari Bally sedondon dengan beg tangan Hermes Birkin dan top putih tanpa lengan Dolce & Gabbana. Well, lihat kasut Melania sentiasa sepadan dengan outfit.
#8 Manis dalam gaun separa lutut dari rumah fesyen Simone Rocha. Kemudian dititipkan tali pinggang warna emas dan Christian Louboutin berwarna coral.
#9 Memilih rekaan jaket ala tentera dari Altuzarra ketika bertemu dengan Presiden Argentina. Dipadankan dengan skrit paras lutut sedikit terbelah.
#10 Ringkas bergaya dalam pensil skirt Altuzarra dan kemeja putih polos. Cukup dengan cermin mata hitam dan cincin pertunangannya dahulu sebagai aksesori pelengkap gaya.
#11 Mengenakan jumpsuit off-shoulder dari Ralph Lauren. Melania tampak tinggi dan langsing betul dalam persalinan ini.
#12 Anggun dalam little black dress dari fabrik renda. Bertubuh langsing buat Melania berani mengayakan gaun sendat ini walaupun disiang hari. Tampil lain bila Melania menyarung strappy heels berbanding sebelum ini kasut tumit bertutup.
Cantik kan Melania? Tapi mesti anda paling suka bila tengok beliau bersama Min-Ho ketika lawatan rasmi beliau di Korea Selatan. Melania pun tampak teruja bila lihat peminat terkejut melihat Min-Ho. Gelak besar Melania dan sempat mengusik Min-Ho.
https://www.youtube.com/watch?v=u6cumLjHr6U
Apa pendapat anda tentang pilihan Melania yaayyy orr nayy nayy?