Kempen 2017 Holiday H&M mempersembahkan filem yang dibintang oleh rapper terkenal Nicki Minaj bersama Jesse Williams dan John Turturro. Diarahkan oleh Johan Renck, ianya sebuah filem fantasi yang penuh dengan pelbagai karakter unik dan dan mesej universal yang menasihati satu sama lain.
Kisah fantasi ini mengisahkan pengembaraan seorang gadis untuk menyelamatkan musim perayaan dengan mengalahkan kuasa jahat abang Santa Claus. Nicki Minaj melakokan watak sebagai ibu kepada si gadis serta pari-pari bernama Wisest Thingy, manakala Jesse Williams sebagai bapa dan pari-pari hebat digelar Fastest Fairy. John Turturro pula melakonkan dua watak iaitu Santa Claus dan si abang yang jahat.
Disamping itu, H&M memperkenalkan pelbagai pilihan fesyen untuk koleksi perayaan akan datang sesuai untuk seisi keluarga yang kini terdapat di stor H&M mulai 9 November.
Tonton teaser H&M Holiday 2017
Filem penuh H&M Holiday 2017 bakal lancar pada 28 November ini. Tunggu!