Sudah 58 tahun Barbie telah menjadi permainan anak patung kanak-kanak perempuan didunia! Ikon fesyen, kecantikan dan gadis moden. Menginjak tahun 2017, gadis Barbie mula meluaskan dalam kepelbagaian kaum, budaya dan agama serantau. Bukan itu sahaja, Barbie juga memperkenalkan anak patung dalam pelbagai saiz sesuai dengan ciri-ciri wanita yang tidak sahaja bersaiz kurus dan langsing.
Semalam, rasminya Barbie mengeluarkan patung Barbie dalam versi hijab buat pertama kalinya. Ia diilhamkan dari atlet sukan Fencer Olimpik Amerika, Ibtihaj Muhammad yang juga atlet wanita pertama Amerika menyertai dan memenangi medal dengan memakai hijab.
Patung Barbie yang lengkap memakai sut fencer dan hijab putih itu diperkenal di Glamour’s Women of the Year Summit.
We are so excited to honor @IbtihajMuhammad with a one-of-a-kind #Barbie doll! Ibtihaj continues to inspire women and girls everywhere to break boundaries. #Shero #YouCanBeAnything #GlamourWOTY pic.twitter.com/oV0e6ClgL6
— Barbie (@Barbie) November 13, 2017
Untuk pengetahuan anda juga, Barbie berhijab ini juga diletakkan diatas kategori ‘Shero’ iaitu wanita yang telah melanggar sempadan dan berjaya memberi inspirasi kepada gadis muda untuk berjaya walaupun tampil berlainan.
Antara patung-patung Barbie lain yang diinspirasikan dari ‘Shero’ ialah model bersaiz besar, Ashley Graham dan lagi enam Barbie Shero. Patung Barbie Shero yang pertama kali diperkenalkan ialah patung Barbie Zendaya dengan berambut dreadlocks ketika beliau menghadiri Oscars 2015.
Diharap Barbie terus lagi dengan projek yang membuka mata dunia dimana terdapat banyak perbezaan dalam setiap wanita yang patut sama-sama dihargai.