Fesyen

Pakaian Sukan ASICS Perkenal Koleksi Bungaan Khas Untuk Wanita

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Pakaian Sukan ASICS Perkenal Koleksi Bungaan Khas Untuk Wanita

ASICS, jenama sukan berprestij melancarkan koleksi baharu dengan mengayakkan corak daripada Liberty Fabrics. Untuk koleksi kali ini Liberty Fabrics digunakan pada Jaket Tenunan Hud, Seluar Tenunan Pendek, Sulaman Celana Ketat, Baju Lengan Pendek, Sulaman Headband dan kasut GEL-FIT SANA SE. 

Koleksi pakaian dan kasut tersebut menggunakan corak Liberty Fabric yang popular bersama dengan corak klasik yang dihasilkan oleh pereka tekstil terkenal. Corak yang diperkenalkan ialah Stawberry Thief dan Ciara.

Foto – SHAPE SINGAPORE
Foto – Twitter

Kedua corak ini akan dimasukkan didalam ASICS bermula dengan GEL-FIT SANA SE yang menampikan produk berprestasi ringan, bernafas serta serba boleh khas kepada wanita yang memberi tumpuan kepada keselesaan dan fungsi. 

Koleksi ekslusif ini boleh dapatkan di butik ASICS atau layari asics.com/liberty-fabrics. 

Komen Anda