Bermula sebagai penyanyi dalam kumpulan yang popular sekitar tahun 90-an, ahli perniagaan dan juga pereka fesyen Victoria Beckham kini boleh diangkat sebagai wanita bekerjaya atas jenama fesyen pakaiannya.
Tidak lokek berkongsi rahsia kejayaannya, 6 nasihat daripada isteri kesayangan David Beckham ini diharap mampu memberi inspirasi untuk lebih berjaya kepada semua wanita.
1. Dapatkan pengalaman sebanyak mungkin dalam bidang yang mahu diceburi. Tidak kisah bidang apa yang ingin diceburi, jika betul-betul minat, kecapinya.
2. Punya semangat (Be passionate) dan sentiasa bersedia untuk bekerja keras.
3. Bercakap tentang sifat ragu pada diri, menurut Victoria, beliau berpendapat hampir semua individu akan mengalami detik seperti ini, namun, pada pandangan beliau elemen yang cukup penting adalah visualisasi kreatif, sentiasa cabar diri sendiri dan kekal positif.
4. Ditanya tentang keseimbangan kerjaya dan kehidupan, Victoria menekankan tentang “Fokus”. Beliau sentiasa meletakkan anak-anaknya sebagai keutamaan dan memastikan diarinya terurus.
5. Pada permulaan jenama beliau, Victoria tidak meletakkan terlalu banyak tekanan pada diri dan bukan untuk membuktikan usahanya kepada sesiapa melainkan untuk dirinya sendiri. Victoria juga seorang yang sangat fokus. Beliau tidak cuba untuk melakukan semua perkara secara sekaligus sebaliknya hanya fokus untuk mencipta pakaian yang sempurna. “I didn’t want to run before I could walk”!
6. Baginya, ia bukan tentang mengubah sesuatu kepada yang baru sebaliknya menjadikan sesuatu kepada perkara yang lebih baik.
Yang penting jika anda lakukan sesuatu kerja, sila lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh! Insyaallah semua akan diberkati!