Makanan

Botanica Deli Nak Beri Burger Percuma! Perkenal Menu Jalanan Baharu Cita Rasa Malaysia

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Botanica Deli Nak Beri Burger Percuma! Perkenal Menu Jalanan Baharu Cita Rasa Malaysia

Burger percuma untuk semua!

Pada 21 November ini, jangan ketinggalan untuk meriahkan pelancaran menu baharu Botanica Deli yang bakal memperkenalkan hidangan burger sensasi yang diinspirasikan daripada resipi burger jalanan kegemaran rakyat Malaysia!

Dari jam 5.30pm, sebanyak 150 sajian burger yang dipanggil “Nina’s Ayam” dan “Armstrong Shidah” akan diedarkan kepada 150 pengunjung pertama yang hadir ke Botanica Deli.

Menu istimewa ini dibuat dengan ramuan asli penuh yang bercirikan cita rasa Malaysia, sesuai buat mereka yang gemarkan rasa pedas serta gabungan rempah ratus.

Foto -Arkib Wanista

Menerusi ilham ini juga, selain Nina’s Ayam Burger (RM23) dan Armstrong Shidah Burger (RM25) Botanica Deli bakal membawa masuk empat lagi jenis menu burger termasuklah Rooster Cham Burger (RM25), Abang-Hood Burger (RM25), Tito’s Got Fish Burger (RM23) dan Risman’s Nasi Burger (RM25).

Bersama-sama dengan setiap satu hidangan burger tadi, ia turut akan ditemani hidangan sampingan aneka kentang goreng yang kemudian boleh dicacah dengan pilihan sos Chipotle Citrus Sauce atau Kampong Hot Sauce. Bukan itu sahaja, setiap tempahan juga hadir dengan minuman pilihan Root Beer Float atau The Coke Float!

Foto -Arkib Wanista

Lebih menarik, pakej pembungkusan set hidangan burger jalanan yang diperkenalkan Botanica Deli ini akan dihiasai ilustrasi animasi hasil ciptaan kartunis dan pelukis komik terkemuka tanah air iaitu Tazidi Yusof.

Dapatkan seleksi menu burger jalanan Botanica Deli bermula 21 November ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 5.30pm hingga 9.30pm kecuali cuti umum.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [botanica.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Botanica Deli di [www.facebook.com/BotanicaDeli.my].

Alamat: G5 Podium, The Vertical, Bangsar South City, No.8 Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Telefon: 016-965 6422

Komen Anda