Jika sewaktu kanak-kanak, beliau sangat comel tapi setelah dewasa dan meningkat usia ke angka 40 karakter beliau semakin matang. Pernah tercalon didalam anugerah Oscar sebanyak 4 kali dan pada tahun 2016 beliau akhirnya berjaya memegang Best Actor dalam filem The Revenant. Kalau ikutkan hampir sepanjang hayat Leonardo DiCaprio para peminat telah mengikuti.
Pada 11 November lalu genap usia 43 tahun aktor hebat ini. Beliau tidak ketinggalan meraikan parti hari jadinya dengan menjemput rakan-rakan selebriti terkemuka seperti Jamie Foxx, The Weeknd, Emily Ratajkowski, Robert Pattinson dan ramai lagi.
Parti tersebut diadakan disebuah rumah khusus untuk mengadakan jamuan atau acara, The Highlight Room di West Hollywood. Suasana parti, gambar, selfie atau apa sahaja rakaman tentang parti itu tidak dapat dilihat kerana Leo meletakkan syarat, dimana tetamu harus meninggalkan telefon mereka diluar.
Sempena hari jadi beliau, mari kita lihat perubahan 40 tahun Leonardo DiCaprio!
Ketika usia 16 tahun
Sangat kacak pada umur 20 tahun
Meningkat pada 30 tahun
Kini 40 tahun sudah!
Happy Birthday Leo!