Setiap zaman mempunyai trend tersendiri.
Selain fesyen, solekan adalah budaya ikutan utama yang sering berubah mengikut arus permodenan -dapat diukur menerusi stail, bentuk produk serta cara pembungkusannya.
Jika hendak dibandingkan dahulu dengan sekarang, orang dahulu lebih berseni manakala di zaman kita ini, rata-ratanya hanya mementingkan kualiti produknya melebihi segala-galanya.
Buat anda yang gilakan mekap, ini koleksi foto kosmetik lama yang akan buat jiwa berasa teruja seolah mahu kembali ke masa lampau!
#1 Pemerah Pipi Avon (50-an)
Vintage Avon Rouge Compact adalah antara pemerah pipi popular keluaran Avon sekitar tahun 50-an dulu.
Lebih menarik apabila ia dibungkuskan dalam bekas logam yang dihiasi ukiran. Klasik dan eksklusif!
#2 Maskara Maybelline (60-an)
Perlu dibasahkan dengan sedikit air terlebih dahulu sebelum menyelaputi berus dengan pes yang terhasil dan disapu ke bulu mata.
#3 Produk Kecantikan Kuku Cutex
Sehingga kini, ramai orang akan memanggil pewarna kuku sebagai “Cutex” walhal Cutex itu adalah jenama peneraju produk penjagaan dan kecantikan kuku yang dibangunkan sejak 1911.
#4 Minyak Wangi Kompak Estee Lauder
Agar mudah dibawa kemana-mana, Estee Lauder mencipta minyak wangi pepejal yang dimuatkan dalam loket kalung khas buat wanita yang elegan.
#5 Maskara Rambut Christian Dior (90-an)
Mascara FLASH keluaran Christian Dior ini adalah maskara yang dicipta khas untuk mewarnakan sesetengah bahagian rambut (highlight).
Warna tersebut tidak akan kekal kerana ia hanya bertindak sebagai penyeri gaya bagi para wanita berpenampilan eksentrik, yang kemudiannya hanya dapat bertahan buat sementara waktu. Ia akan luntur dan hilang sebaik dicuci dengan syampu.
#6 Pengilat Bibir Lancome (90-an)
Sekitar 90-an, dunia kosmetik sudah semakin maju dengan kemunculan pengilat bibir berwarna seperti Lancôme “Lip Brio” Lip Gloss ini.
Pengilat bibir bantu menghasilkan solekan bibir mengiurkan, sekaligus memberi ilusi bibir mungil agar si pemakai kelihatan seksi!
#7 Gincu & Bedak Kompak Helena Rubinstein (60-an)
Gincu rona nude yang bernada pastel seperti merah jambu lembut, peach serta ungu lavender adalah kegemaran wanita dan para gadis 60-an.
Jenama kosmetik terkemuka yang berpangkalan di New York ini kemudian tampil dengan koleksi yang digelar Tulip merangkumi bedak kompak serta gincu yang turut hadir bersama penggaris bibir (lip liner) istimewa.
Lebih menarik, pembungkusannya dihiasi cetakan floral tulip yang buat “kita-kita” ini jatuh hati! Cantik sangat!
#8 Pembayang Mata Yardley of London (70-an)
Set “Yardly Mixis” yang membolehkan pengguna meramu dan mencipta sendiri warna pembayang mata mengikut kreativiti. SO COOL!
Pembayang mata tunggal (single eyeshadow) yang hadir dalam bekas seperti baldi comel yang dihiasi cetakan bunga daisy!
#9 Pelembap Wajah Revlon
‘Moon Drops’ Blushing Silk oleh Revlon ini adalah sejenis tinted moisturizer iaitu pelembap wajah 2 dalam 1. Teksturnya berwarna seperti foundation dan dalam masa yang sama bertindak sebagai krim pelembap wajah untuk mengunci kelembapan optimum dalam kulit di bawah lapisan mekap.
#10 Gincu Merah Besame Cosmetics (40-an)
Gincu merah kegemaran wanita dahulu kala daripada jenama Besame Cosmetics yang turut hadir bersama sarung tiub khas, menyerlahkan lagi sisi kemewahan jenama kosmetik era 40-an pujaan ramai ini.
Basame juga ada mengeluarkan gincu sampel yang disalut pada bilah-bilah kayu sebegini, khas untuk wanita yang mahu mencuba sebelum terus membeli tiub gincu yang sebenar. Dengan cara ini, barulah para wanita boleh mengenal pasti sama ada warna sesuatu gincu itu sesuai untuk mereka atau pun tidak demi mengelakkan pembaziran.
Tonton Gadis Ini Cuba Mekap Vintaj Sebenar Yang Berusia Lebih 100 Tahun