Info Menarik, Makanan

Ini Rupanya Rahsia Pelekat Yang Ada Pada Buah-Buahan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ini Rupanya Rahsia Pelekat Yang Ada Pada Buah-Buahan

Selama ini, apabila pergi ke pasaraya untuk membeli keperluan harian kita sering melihat terdapat pelekat pelbagai bentuk dan warna yang dilekat oleh pembekal atau para pengeksport pada permukaan buah dan sayuran. Biar pun ramai yang menyedari akan perkara itu, kita sebenarnya langsung tidak tahu apakah fungsi sebenar pelekat berkenaan.

Sumber: Sharon Mollerus/Flickr

Mungkin juga ada segelintir yang menganggap ia cuma ‘simbol jenama’ yang dilekatkan pada sesuatu makanan itu agar ia mudah dikelaskan namun, inilah misteri sebenar yang terkandung pada pelekat bernombor itu yang anda semua patut ambil tahu.

Pelekat Ada Empat Digit; Dimulai Dengan Angka 3 atau 4

Sumber: dontwastethecrumbs.com
  • Ini bermaksud, buah-buahan dan sayuran itu ditanam dan dibiak menggunakan cara pertanian konvensional.
  • Proses penanaman dilakukan di atas batas seperti teknik pertanian tradisional dengan menggunakan racun serangga.
  • Jadi sebelum makan, pastikan kupas kulitnya atau basuh bersih-bersih supaya perut tidak terdedah pada racun dan sebagainya.

Pelekat Ada Lima Digit; Dimulai Dengan Angka 8

Sumber: thehealingfrequency.com
  • Ini bermaksud, buah-buahan dan sayuran tersebut sudah diubahsuai secara genetik. 
  • Namun, jarang sekali untuk pengguna menemui makanan yang dilabel dengan lima digit yang dimulai dengan angka “8” ini kerana kebanyakan buah-buahan dan sayuran itu jarang dijual di pasaraya-pasaraya besar.
  • Menurut laporan, antara produk yang lazim diubahsuai genetiknya adalah jagung, kacang soya, beberapa jenis labu, tembikai tanpa biji, betik, beberapa jenis epal dan banyak lagi.
Perbezaan antara buah epal asli (kiri) dan buah yang sudah diubahsuai genetiknya. Sumber: occupy.com
  • Walau bagaimanapun, adalah tidak wajib bagi pembekal untuk menetapkan/melekat label GMO (Genetically Modified Organism) ini pada produk mereka. Oleh itu, ramai pengguna mungkin tidak tahu yang mereka sebenarnya sudah membeli atau makan sumber buah dan sayuran yang sudah tidak asli.
  • Terdapat kebaikan dan keburukan yang tersendiri, GMO selalunya dilakukan bagi menambah-baik produk atau memperbaharui sesuatu produk itu denagn memasukkan benda asing ke dalamnya.

Pelekat Ada Lima Digit; Dimulai Dengan Angka 9

Sumber: Fruitnet.com

 

  • Ini bermaksud, produk pertanian itu adalah dibiak menggunakan cara organik.
  • Hasilnya sihat dan bebas daripada pencemaran kimia sama ada racun serangga mahupun baja yang mengandungi bahan  yang menggugat keaslian hasil tanaman itu sendiri.

Kesimpulannya, nombor dan maklumat yang tercatat pada pelekat itu sebenarnya memberi informasi soesifik berkenaan buah-buahan serta sayuran yang berkenaan. Ia juga mengkelaskan sama ada buah tersebut ditanam menggunakan racun mahupun dibiak secara organik. Apa yang paling penting, ia juga mampu memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan ketika membeli demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan diri serta keluarga.

Contoh-contoh pelekat label yang disertai nombor kod. Sumber: triviahappy.com

Selamat beramal! ❤️

RUJUKAN 1, 2 & 3

Komen Anda