Kecantikan

Penawar Kulit Intensif Natasha By Dr. Fredi Setyawan Kini Di Malaysia!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❀️
Penawar Kulit Intensif Natasha By Dr. Fredi Setyawan Kini Di Malaysia!

Diasaskan oleh seorang pakar kosmetik perubatan daripada Indonesia, Dr. Fredi Setyawan bersama isterinya, Tantri Onny Bianti, Natasha Beauty & Wellness baru sahaja membuka cawangan pertamanya di ibu negara hujung minggu lalu.

Memakan masa hampir 20 tahun untuk merumus dan menghasilkan produk penjagaan wajah, rambut dan badan yang berasaskan bahan botanikl khusus, kesemua inovasi dari jenama terulung ini diiktiraf halal malah sesuai untuk kegunaan semua tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita.

Bilik rawatan wajah. Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, Natasha Beauty & Wellness juga digelar antara jenama nombor satu di negara seberang sejak 2008 sekaligus pernah menerima banyak penganugerahan di atas kejayaannya dalam sektor perusahaan estetik termasuklah Indonesia Super Brands Awards 2012 – 2013 serta yang terkini adalah Service Quality Awards 2017.

Asalnya, isteri kepada Dr. Fredi iaitu Tantri Onny pernah mengalami masalah kulit wajah berjerawat yang kronik dan sejak daripada itu mereka banyak mengembara mencari penawar terbaik untuk memulihkan permasalahan itu.

Keadaan dan pengalaman itulah yang membuatkan dirinya kemudian bercita-cita untuk beralih daripada seorang doktor biasa kepada seorang pakar kosmetik perubatan agar mampu membantu kenalan dan kaum keluarganya yang menghidap masalah kulit.

Bilik rawatan badan. Foto -Arkib Wanista

Di samping menawarkan seleksi rawatan wajah pada harga mampu milik, Natasha Beauty and Wellness turut menyediakan servis spa badan dan rawatan rambut intensif untuk kaum wanita dan lelaki yang mahu memulih atau mengekalkan kesihatan rambut secara berkala termasuklah Natasha Micro Oxygen Facial, Natasha HIFU (High Intensity Focused Ultrasound) dan Natasha Body Spa.

Bilik rawatan rambut. Foto -Arkib Wanista

Khas pada hari pelancarannya di Malaysia tempoh hari, pihak Natasha juga sempat memperkenalkan duta baharunya iaitu aktor dan pengamal kecergasan Sharifah Sakinah!

Foto -Arkib Wanista

Kesemua harga produk kosmetik dan penjagaan wajah Natasha Skincare adalah dari RM60 hingga RM120 setiap satu manakala harga rawatan wajah, rambut dan badan pula adalah bergantung kepada jenis rawatann yang ditempah.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.natasha-skin.com] atauΒ lawatlaman Facebook rasmi Natasha By Fredi Setyawan Malaysia di [www.facebook.com/pg/natashaskin.my].

Komen Anda