Makanan

Kerak Pizza Keju Terbaru Domino’s ‘Cheese Tarik Crust’ Pasti Tertarik!

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Kerak Pizza Keju Terbaru Domino’s ‘Cheese Tarik Crust’ Pasti Tertarik!

Keju yang ditarik panjang amatlah sinonim ketika mengambil sekeping pizza panas yang baru disiap bakar. Domino’s telah menemui cara terbaru bagi menambah sensasi keju dalam pizza. Cheese Tarik Crust yang diinspirasikan dari pelanggan yang gila keju dicipta dengan penuh teliti dengan memilih keju mozarella berkualiti tinggi. 

Bersumberkan seni keju artisan, pembuat piza Domino’s menggunakan teknik khas untuk membuat kerak pizza paling berkeju. Cheese Tarik Crust mengetengahkan rasa keju cheddar yang terletak didalam kerak yang ditabur dengan parmesan. Cairan keju meleleh keluar dari kerak rangup dan memberi tekstur yang lembut dan boleh ditarik. Selain itu, terdapat juga Mozarella Cheese Tarik yang asli dimana sebelum ini dikenali sebagai Extreme Edge Crust. 

Foto – arkib Wanista.com

Cheese Tarik Crust boleh dipilih dalam saiz Sederhana dan Besar dan boleh dinikmati dengan semua pizza topping. Cuba Cheese Tarik Crust yang baru dengan topping pizza kegemaran anda dengan hanya menambah RM5 untuk pizza saiz Sederhana dan RM7 untuk saiz Besar. Pesan 2 Pizza Deal dengan keju tambahan dalam talian dan tukar Cheese Tarik Crust untuk menikmati Stuff Cheddar Bites secara percuma setiap hari Selasa sebagai tawaran Super Tuesday. 

Foto – arkib Wanista.com

Cheese Tarik Crust dan the Cheesy Four baharu boleh didapati di semua rangkaian Domino’s Pizza dari 13 November. Maklumat lanjut mengenai promosi, menu dan tempahan layari http://www.dominos.com.my atau hubungi 1-300-888-333. 

Komen Anda