Mamonde Holiday Collection bertemakan ‘Flowers for Me’ menghantar mesej yang kuat iaitu untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri sebelum orang lain.
Menurut Mamonde, selalunya bila tiba musim cuti sekolah, kita lebih memikirkan tentang membeli hadiah untuk orang lain bahkan lupa untuk memanjakan diri sendiri selepas penat bekerja. Oleh itu, Mamonde ingin membuat perubahan itu dengan kehadiran koleksi istimewa Mamonde ‘Flowers for Me yang tampil dengan pek bingkisan cukup indah.
Kemasan kotak diselitkan dengan cetakan floral bersama rama-rama dan burung melambangkan ciri-ciri kewanitaan sejati, simple yet classy!
Koleksi istimewa dari Mamonde ‘Flowers for Me’ Holiday 2017:
First Energy Duo Set, RM219
Holiday Makeup Set (21) & (23), RM209
Holiday Hand Cream Set, RM69
Holiday Limited Edition Creamy Tint Color Balm, RM50
Mamonde ‘Flowers for Me’ tersedia di Aeon 1 Utama, PJ, Aeon Mid Valley Megamall, KL, Parkson Suria KLCC, KL, Aeon Bukit Indah, JB, Aeon Tebrau City, JB, Aeon Queensbay Mall, Penang dan Parkson Gurney Plaza, Penang.