Info Menarik

Ibu Risau Anak Lelaki Terlalu ‘Gemuk’ Walaupun Baru 10 Bulan (5 Gambar)

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
Ibu Risau Anak Lelaki Terlalu ‘Gemuk’ Walaupun Baru 10 Bulan (5 Gambar)

Isabel Pantoja, 24, seorang ibu di Mexico menjelaskan anaknya yang baru berusia 10 bulan beratnya sama dengan seorang anak berusia sembilan tahun. Ya Tuhan!

Berasal dari negeri pesisir pantai Colima, berkata pada mulanya dia mengandaikan perkembangan Luis Manuel, adalah positif kerana terpengaruh dengan fakta ‘mempunyai susu ibu yang baik’ tetapi kini dia mulai risau dengan tumbesaran Luis.

Foto – Daily Mail

Dilaporkan, keadaan Luis mungkin disebabkan penyakit yang dikenali sebagai Prader-Willi Syndrome, keadaan genetik di mana kanak-kanak mempunyai selera makan yang tidak dapat dipuaskan dan otot lemah. Walaubagaimanapun, Luis sama sekali tidak makan dengan lancar bahkan tidak banyak.

Foto – Daily Mail

Pihak hospital sedang mempertimbangkan untuk memberi Luis rawatan hormon yang boleh menelan kos $555 setiap kali rawatan, walaupun ayahnya hanya memperoleh pendapatan hanya $200 sebulan.

Foto – Arkib Wanista

Semasa dilahirkan berat Luis berukuran 3.5kg (8lbs), kira-kira sama dengan abangnya, Mario, yang ketika itu hampir tiga tahun. Pada usia dua bulan, berat Luis ialah 10kg (22lbs). Sepanjang lapan bulan berikutnya dia naik sehingga 18kg (40lbs).

Foto – Arkib Wanista

Kini, mereka terpaksa bergilir-gilir menolaknya ke hospital dalam kereta sorong untuk ujian darah harian.

RUJUKAN

Komen Anda