Lebih menarik! Hong Kong Disneyland (HKDL) bakal memberi nafas baharu kepada alam keajaiban Disneyland dengan menawarkan pelbagai tarikan baharu sesusia dengan semua lapisan masyarakat.
Taman tema ini memenuhi keperluan tetamu antarabangsa melalui penawaran pengalaman Disney yang sempurna kepada keluarga, termasuk bertemu sapa dengan Mickey, Minnie dan rakan-rakan mereka, serta Puteri-Puteri kegemaran ramai.
3 perkara paling best bakal berlaku di Hong Kong Disneyland:
- Royal Princess Garden bakal dibuka pada Disember 2017, di mana para tetamu muda dapat merealisasikan impian mereka untuk menjadi puteri melalui persolekan yang istimewa.
- Pusat hiburan bertemakan Moana bakal dilancarkan di Adventureland pada Mei 2018. Berikutan pembukaan ini, persembahan pentas yang mengujakan, “Moana: A Homecoming Celebration,” bakal mengusik imaginasi para tetamu tanpa mengira umur.
- Marvel dan Frozen membawa para tetamu ke satu alam keajaiban yang lebih mengujakan. Dilaporkan, HKDL bakal melancarkan bermula tahun depan sehingga tahun 2023.
Bukan itu sahaja, HKDL turut mempertingkatkan tawaran juadahnya yang kini merangkumi makanan dari Tumir hingga Barat, termasuk makanan bersijil halal di tiga resort hotel bertemanya, sekaligus memudahkan umat Islam yang datang berkunjung ke sana.
Untuk info lanjut, sila rujuk laman web www.hongkongdisneyland.com yang disediakan dalam Bahasa Inggeris, Malaysia dan Cina untuk maklumat terkini resort kami dan rancanglah percutian anda bagi mencipta detik-detik yang paling hebat!