Fesyen

Rita Ora Paling Menyerlah Di Karpet Merah MTV EMA 2017!

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Rita Ora Paling Menyerlah Di Karpet Merah MTV EMA 2017!

Seperti biasa ketika berlangsungnya majlis-majlis anugerah berprestij, akan ramai selebriti sanggup menggugat keberanian dan keyakinan diri untuk tampil eksentrik demi memperlihatkan  kelainan kala muncul di karpet merah.

Sumber: standard.co.uk

Di MTV EMA 2017 yang berlangsung sekitar pagi tadi waktu Malaysia, Rita Ora boleh dikira sebagai selebriti yang paling menyerlah! Biarpun hanya bergaya serba putih dari hujung rambut hingga hujung kaki, apa yang disarungkannya mungkin tidak pernah melintas di benak fikiran sesiapa pun sebelum ini -persalinan jubah mandi.

Sumber: standard.co.uk

Siap membaluti keseluruhan rambutnya dengan tuala senada, beliau tampil elegen dalam busana jubah mandi meleret yang kemudian diserikan dengan aksesori berkilau perak termasuklah cincin, kalung berlapis serta anting-anting chandelier.

Sumber: EFF KRAVITZ / FILMMAGIC

Antara selebriti lain yang mencuri perhatian adalah:-

Lana Del Rey

Klasik dalam persalinan dress floral berbelah.

Sumber: Getty Images

Demi Lavato

Seksi dalam suit longgar ala maskulin sambil rambut dilepaskan mengurai.

Sumber: Getty Images

Camila Cabello

Dress organza rona merah jambu lembut yang dihiasi sulaman floral ini sekaligus menyerlahkan sifat feminin Camila!

Sumber: Getty Images

Maya Jama

Memberi nafas baru kepada pakaian tradisi Cheogsam yang telah diubah suai untuk kelihatan lebih stailo!

Sumber: Shutterstock

Charli XCX

Minimalis dalam seluar dan “crop top” hitam tetapi masih kelihatan bergaya sekaligus menyerlahkan bentuk tubuhnya yang atletik.

Sumber: Shutterstock

Zara Larsson

Comel! Zara buat dirinya kelihatan youthful dalam persalinan palazzo yang dipadankan dengan baju beropol… sneakers Converse jangan lupa!

Sumber: Shutterstock

SUMBER

Komen Anda