Kecantikan

8 Pek Bingkisan Mekap Paling Cantik… Sayang Nak Guna!

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
8 Pek Bingkisan Mekap Paling Cantik… Sayang Nak Guna!

Orang perempuan memang mudah terpikat akan benda yang cantik. Setuju tak?

Tak kisahlah baju, dress, aksesori, kasut, tas tangan mahupun barang mekap, kalau dah cantik di mata terus sambar tanpa fikir panjang. Sempena musim perayaan yang bakal tiba ini, 8 jenama mekap tidak terkecuali tampil dengan packaging paling cantik dan istimewa sesuai dijadikan hadiah buat orang tersayang.

Bukan sahaja pembungkusan cantik malahan tekstur juga buat semua gadis gila bayang.

Tarte

Setiap musim, Tarte tidak pernah mengecewakan penulis. Dengan ciri-ciri cetakan Moroccan dari gincu ke pembayang mata, pemerah pipi, maskara, set berus, dan banyak lagi, semuanya terlalu gorgeous tak terkata.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Too Faced

Too Faced memang terkenal dengan kemasan yang sentiasa anggun dan sering menambat hati wanita. Inspirasi daripada rona pastel dan tanah, semuanya perfect untuk koleksi Too Faced Holiday 2017 kali ini.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Stila

Stila 2017 Holiday adalah koleksi untuk travel-ready, menampilkan pelbagai set mini yang terdapat dalam pelbagai warna seperti matte, sheer, shimmer dan glitter, cukup glamor sekali.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Kat Von D

Menurut Kat Von D, untuk palet eyeshadow, kemasan diinspirasi oleh tingkap kaca yang dilihatnya di cathedral, palet hitam dihiasi dengan filamen emas metalik yang masih mengekalkan gaya gothik.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Laneige

Laneige Delights, Pop! Holiday Collection menawarkan keseronokan, pembungkusan berkilauan yang direka dengan mandian confetti berwarna-warni serta pilihan rona merah jambu.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Mamonde

Paling simple tetapi cukup menawan sekali pek bingkisan istimewa yang dihiasi flora bersama rama-rama dan burung, melambangkan kewanitaan sebenar.

Foto – Arkib Wanista

Zoeva

Satu lagi jenama yang tidak kurang hebatnya, Zoeva. Kali ini, Zoeva tampil dengan kemasan penuh anggun dan eksklusif rona hitam dan maroon bersama cetakan floral.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

MAC

MAC Snowball Holiday 2017 tampil pek bingkisan istimewa emas dan perak untuk setiap koleksi, cukup glamor untuk dijadikan hadiah sempena musim perayaan ini.

Foto – Arkib Wanista

 

Foto – SHEfinds

Comel tak semua koleksi ni? Kalau nak, korang boleh dapatkan di Sephora, Laneige, Mamonde dan MAC yang terpilih. Kesemua koleksi edisi terhad ini sudah berada di pasaran sekarang sehingga Disember 2017.

Jom kita cantik sama-sama!

Komen Anda