Siapa sangka Drake sebegini romantik orangnya, bila beraksi di atas pentas cukup bertenga dan penuh karisma tetapi sebenarnya dalam hati ada taman rupanya.
Rapper serba boleh ini dilaporkan mempunyai obsesi mengumpul tas tangan Hermes Birkin, bukan untuk diri sendiri tetapi istimewa buat bakal isterinya.
Drake sendiri mendedahkan perkara itu dalam temu bual The Hollywood Reporter, di mana dia telah mengumpul jenama mewah itu sekian lamanya.
“Nilai dan semangat yang diterapkan pada proses pembikinan yang masih lagi memanfaatkan teknologi lama membuatkan saya mula mengumpulnya untuk wanita yang bakal saya kahwini suatu hari nanti,” jelas Drake.
Baca: 10 Fakta Tentang Tas Popular Hermès Birkin Yang Anda Belum Tahu
Walaupun Drake tidak berkongsi butiran lengkap koleksi, kita boleh mengagak bahawa ia semestinya banyak.
Apapun beruntung siapa yang jadi isteri Drake…