D.I.Y, Fesyen

Guna Tudung Lama Untuk Buat Kaftan… Jahit Tangan Je!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Guna Tudung Lama Untuk Buat Kaftan… Jahit Tangan Je!

Kaftan adalah pakaian palaing mudah dan paling selesa untuk digayakan. Bukan sahaja cantik dan tampak klasik bahkan si pemakai boleh gayakan dalam banyak cara untuk nampak trendy dan fashionable!

Jom Wanista ajarkan cara bagaimana korang boleh jahit kaftan satin sendiri menggunakan hanya dua helai tudung satin segi empat sama. Well, ini adalah cara praktikal macam mana korang boleh kitar semula barang-barang lama daripada membuangnya. Cool kan?!

Sumber: styleslicker.com

Barang yang diperlukan:

  • Dua helai tudung satin segi empat
  • Benang
  • Jarum
  • Pita pengukur 
  • Gunting
  • Jarum peniti

Cara:

1. Gosok kedua-dua helai tudung tersebut sebelum menghamparkannyapada permukaan meja yang rata agar sennag untuk mengukur dan menjahitnya.

Sumber: styleslicker.com

2. Selepas itu, lipat dua skraf tersebut untuk dapatkan garisan tengah. Sisipkan pin sebagai tanda untuk bahagian tengah.

Sumber: styleslicker.com

3. Dengan bantuan daripada orang lain, acukan skarf pada badan anda, sisipkan pin sebagai penanda bahu kanan dan kiri. Pastikan ia betul-betul menandakan tulang bahu anda kerana disitu akan dijahit. 

4. Lakukan perkara yang sama pada skarf yang lagi satu.

Pastikan kain tidak terbalik. Cari bahagian hadapan skraf sebelum mula menyemat pin. Sumber: styleslicker.com

5. Tetapi kali ini semasa mengacu pada bahu cuba tindihan sisipan kain antara skarf satu dan skarf dua.

6. Alihkan daripada badan kemudian letak semula di atas permukaan rata.

Sumber: styleslicker.com

7. Pilih warna benang yang bersesuaian dengan rona kain sebelum menjahit untuk mencantukan kedua-dua skraf tadi.

Sumber: styleslicker.com
Sumber: styleslicker.com

8. Pastikan jahitan tangan dilakukan dengan kemas menggunakan trik jahitan jelujur yang halus.

9. Terbalikan bahagian skraf untuk mula menjahir bahagian tepi badan. 

Sumber: styleslicker.com

10. Pastikan anda menjahit 22 inci daripada bahagian kain paling bawah hingga ke bahagian ketiak.

Sumber: styleslicker.com

11. Siap! Gayakan kaftan pendek ini bersama tali pinggang!

Selamat mencuba! ❤️

BACA  Siapa Jeanne Damas, Gadis Perancis Muka 'Biasa-Biasa' Tapi Punyalah Stailo