Hiburan

Dihina Kerana Gemuk, Mariah Carey Jalani Pembedahan Untuk Kurus. Lihat Gambar!

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
Dihina Kerana Gemuk, Mariah Carey Jalani Pembedahan Untuk Kurus. Lihat Gambar!

Disebabkan asyik dihina kerana terlalu gemuk dan sukar menari, Mariah Carey akhirnya memutuskan untuk menjalani pembedahan gastric sleeve untuk menurunkan berat badannya.

Pembedahan gastric sleeve akan mengurangkan kadar penyerapan makanan dalam usus dan membuatkan pesakit rasa cepat kenyang serta mengurangkan selera makan.

Foto -Daily Mirror

“Mariah melakukan prosedur itu sebulan lalu dan kesannya sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Ketika berat badannya meningkat secara mendadak, dia sering rasa terhina dan kecewa sampaikan dia sendiri memotong tanda saiz pada setiap helaian baju yang dipakainya,” kata sumber terdekat penyanyi itu.

Selepas menjalani pembedahan itu enam minggu lalu, Mariah muncul dengan bentuk badan yang lebih kurus dalam sebuah acara di TCL Chinese Theatre di Hollywood, Amerika Syarikat.

Lihat transformasinya.

Imej terkini Mariah Carey ketika menghadiri TCL Chinese Theatre di LA. Foto – Daily Mail

Mariah Carey nampak lebih yakin.

Foto – Daily Mail

Dah kurus!

Foto – Daily Mail

RUJUKAN

Komen Anda