Mahu berjalan seiring dengan perkhidmatan yang lebih telus dan efektif, Digi Telecommunications Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan VCash iaitu merupakan satu inovasi khidmat pembayaran menerusi telefon pintar yang menawarkan pelbagai faedah terbaik untuk masyarakat pengguna hari ini.
Bukan itu sahaja, VCash juga membolehkan pemegang akaunnya untuk menghantar, meminta malah menyimpan duit dalam telefon pintar mereka secara maya.
Jelas Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan, VCash menawarkan yuran transaksi hanya pada kadar 0.8% iaitu kadar paling rendah jika hendak dibandingkan dengan sistem bayaran yang lain.
Sehingga kini, lebih 80 jenama, kedai dan pasaraya yang terlibat menerusi aplikasi ini malah Praveen juga ada menjelaskan bahawa, orang ramai tidak perlu menjadi pengguna DIGI kerana sesiapa sahaja boleh mendaftar dan memanfaatkn VCash.
Muat turun aplikasi VCash di telefon pintar anda sekarang agar setiap transaksi pembelian jadi lebih mudah, selamat dan cepat! Untuk keterangan lanjut, sila klik [vcash.my] atau lawat Facebook rasmi Digi di [www.facebook.com/digi].