Kita sedia maklum, sakit gigi memang membuatkan mood seseorang akan hilang. Bayangkan dengan rasa tidak selesa, berdenyut sentiasa, memang hilang sabar sangat, menjadi buruk sehingga jadi lebih sensitif dan lebih mudah emosi. Apatah lagi bila nak makan, memang tak la dapat makan dengan tenang. Rasa nak menangis je sentiasa.
Sakit gigi disebabkan oleh bakteria atau virus yang menyerang sekitar gigi serta gusi. Selain gigi yang tidak bersih, gusi bengkak kerana iritasi, gigi yang berlubang juga boleh menjadi penyebab utama terjadinya sakit gigi.
Untuk pengetahuan anda, ada satu cara semula jadi yang paling mujarab bahkan Wanista pasti ramai mengetahuinya. Ya, bilas dengan air garam.
Ambil satu sudu kecil garam dan larutkan ke dalam satu cawan air panas untuk membuat mouthwash yang membunuh kesakitan. Ia boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang menjengkelkan serta membantu mengurangkan bengkak. Kumur selama 30 saat sebelum diludah keluar. Air garam membersih kawasan di sekitar gigi dan juga menarik keluar cecair penyebab bengkak.
Baca: Tips & Petua! 10 Kegunaan Lain Garam di Rumah Yang Amat Berguna
Bagaimana? Sangat mudah dan praktikal bukan? Sebelum merawat alangkah lebih baik untuk mencegah terjadinya sakit gigi dengan selalu menjaga kebersihan gigi. Jangan lupa untuk gosok gigi selepas makan dan sebelum tidur, elakkan makanan yang terlalu manis, terlalu panas, dan terlalu sejuk.
Selamat Beramal!