Kesihatan

6 Perkara Yang Anda Sering Salah Faham Tentang Bra

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
6 Perkara Yang Anda Sering Salah Faham Tentang Bra

Pakaian dalaman sudah menjadi satu essential untuk wanita lebih lagi untuk si kembar lambang sebagai wanita sejati. 

Sebut sahaja tentang bra pasti ramai mempunyai jenama bra kegemaran dan jenis bentuk bra yang paling selesa untuk dipakai. Begitu juga dengan saiz dan bentuk payudara yang dimiliki setiap individu adalah berbeza. Mungkin ramai yang mula memakai bra sejak akil balight namun sehingga kini masih ramai lagi melakukan kesalahan dalam pemakaian dan memilih bra. Yup, tanpa kita sedar. 

Salah faham mengenai bra tidak pernah habis dan sering dipersoal. Wanista rungkaikan 6 salah faham wanita mengenai bra yang anda sedang pakai sekarang.

#1 Setahun pakai bra yang sama
Foto – Google

Bila dah jumpa yang selesa memang sukar nak tukar yang lain bukan? Lebih elok anda menukar bra baru setiap lapan bulan sekali. Ianya untuk menjamin kualiti penjagaan yang lebih baik untuk payudara anda.

BACA: Berapa Kerap Anda Perlu Mencuci Bra? Baca Sini!

#2 Tak semua jenama bra sama saiz
Foto – wiseGEEK

Kadangkala kita selalu bertukar jenama bra tapi bukan semua jenama bra mempunyai saiz yang sama. Ada ketika saiz di jenama X sesuai dengan saiz ‘C’ tapi saiz di jenama Y pula ‘D’. Jangan pening-pening, lebih elok anda beli yang mana paling selesa sebab memang saiz setiap jenama bra berbeza-beza. 

#3 Saiz payudara boleh berubah
Foto – Mamiverse

Jangan terkejut dengan kenyataan ini: Saiz payudara boleh berubah-ubah tiga hingga enam kali dalam setahun. Faktor penyebab perubahan dari kesan turun naik berat badan atau perubatan yang melibatkan perubahan hormon atau menstrual. Dapatkan ukuran yang baru setiap kali membeli bra yang baharu. 

#4 Getah keliling bra lebih penting
Foto – A Sophisticated Pair

Ramai yang menganggap mengetatkan tali bahu bra bagus untuk menaikkan payudara. Cara tersebut beri kesan sakit terutamanya pada bahu boleh terasa lenguh dan kulit boleh melecet. Perkara paling mustahak ketika memilih bra ialah melihat kualiti getah keliling bra bukan tali bahu bra. Pemilihan getah keliling bra yang paling sesuai boleh mencantikkan postur badan, beri keselesaan dan anda tak perlu ketatkan tali bahu bra. 

#5 Salah guna cangkuk bra
Foto – SHEmazing!

Mesti anda rasa pelik kenapa sampai ada tiga cangkuk bra walhal pastinya anda guna yang paling ketat. Salah! Cara yang betul ialah menggunakan cangkuk yang paling longgar pada bra baru, setelah getah bra semakin longgar (akibat penggunaan lama) barulah anda bertukar kepada cangkuk paling ketat. Jika anda terus pakai bra baru dengan cangkuk paling ketat ia telah menjejaskan kualiti bra dengan cepat. 

#6 Tak semua bentuk bra sesuai 
Foto – Bra4her.com

Dipasaran sekarang memang pelbagai bentuk rekaan bra untuk dipilih atau dijadikan koleksi. Ingatkan dalam kepada anda saat ini, tidak semua bra sesuai dengan bentuk payudara anda. Seperti yang telah diberitahu setiap individu mempunyai bentuk payudara berbeza-beza. Pastikan anda mencuba dahulu atau dapatkan nasihat sebelum membeli untuk keselesaan dan kesihatan payudara anda. 

PILIH DISINI: Tips! Ketahui Jenis-Jenis Bra Untuk Tahu Yang Mana Paling Sesuai Dengan Anda

RUJUKAN 1, 2 & 3

Komen Anda