Isu banjir kini telah beralih pada negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Pulau-Pinang yang hampir melumpuhkan infrastruktur negeri itu dan lebih memburukkan sehingga mengorbankan tujuh nyawa.
Menurut dari Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, beliau menjangkakan proses pertukaran monsun akan selesai sepenuhnya akhir bulan ini.
Walaupun Jabatan Metereologi telah meramalkan berlaku gelombang kedua sehingga tamat pertukaran monsun akan kerana cuaca yang tidak menentu, berkemungkinan ia akan tamat sehingga hujung bulan ini.
Selain itu, aspek yang akan diberi perhatian ialah sistem perparitan dan saliran, kolam takungan dan penambakan pesisir pantai. Kementerian itu melalui Jabatan Pengairan dan Saliran bersedia untuk melaksanakan kajian teknikal ke atas sistem dan infrastruktur sedia ada serta yang diperlukan.
Sementara itu, mengikut ramalan seminggu yang dikeluarkan, Perlis akan mengalami ribut petir pada sebelah petang sehingga Jumaat ini manakala hujan lebat pada pagi dan malam sehingga Selasa depan (14 November).
Di Kedah pula, hujan lebat dan ribut petir dijangkakan pada sebelah petang dan malam sehingga Selasa manakala di Perak ribu petir diramalkan di sebelah petang dalam tempoh seminggu ini. Pulau Pinang diramalkan hujan pada sebelah petang sehingga Jumaat ini manakala ribut petir dijangka sehingga Selasa ini.