Kecantikan

Selamat Tinggal Trend Bibir Kylie! Ini Bentuk Bibir Baru Yang Dapat Permintaan Ramai

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
Selamat Tinggal Trend Bibir Kylie! Ini Bentuk Bibir Baru Yang Dapat Permintaan Ramai

Walaupun kebanyakan wanita Barat mengimpikan bibir mungil bak Kylie Jenner, Angelina Jolie, Taylor Hill, lain pun berlaku di Asia kerana rata-rata para gadis sanggup melakukan pembedahan plastik untuk mendapatkan bentuk bibir yang lebih nipis.

Foto – Allkpop

Laporan oleh NewBeauty, trend bibir sebegini telah muncul di media sosial sejak kebelakangan ini – di mana ia untuk mengurangkan saiz bibir supaya lebih kecil, nipis dan comel. Menurut ahli bedah plastik New York City, Dr.Melissa Doft, prosedur ini cenderung lebih popular di negara-negara Asia.

Seperti yang dijelaskan oleh Dr.Doft, prosedur itu melibatkan “membuang kulit dari bibir sepanjang sempadan dry-wet dari vermillion” dan menggunakan jahitan untuk membuat garis bibir yang baru. Hasilnya adalah bibir lebih kecil dan nipis.

Prosedur ini biasanya mengambil masa antara 15 hingga 30 minit setiap bibir, bergantung kepada jumlah tisu yang akan dikeluarkan. Jahitan akan kekal di tempat selama seminggu, selepas itu ia akan larut atau dikeluarkan secara manual. Kesakitan pula bergantung kepada individu, tetapi pesakit dinasihatkan supaya makan makanan yang lembut sehinggalah bibir pulih sebaiknya.

Bibir sebegini yang diidamkan gadis Asia – cupid bow berbentuk hati.

Foto – Fanpop

Seksi tak?

Foto – Tribunnews.com

Kebanyakan para gadis idamkan bibir bak SNSD Sunny.

Foto – Pinterest

Tak ubah seperti bibir Taylor Swift.

Baca: Bibir Taylor Swift Paling Seksi, Jadi Idaman Semua Wanita

Foto – Pamper.My

Scary tengok jahitan pada bibir. Tapi kalau dah taksub nak cantik, semuanya sanggup. Bak kata pepatah “Beauty is Pain”.

RUJUKAN

Komen Anda