Beberapa bulan lalu, Wanista pernah mengumumkan kemuculan mesin leayan diri yang membuka peluang kepada pengguna untuk menikmati minuman smoothie yang diramu deng yogurt protein berasaskan sayurann dan buah-buahan segar oleh Fitgo Smoothies.
Diasas dan diinovasikan oleh anak tempatan bernama Jess Lin, khabarnya projek ini memakan kos sebanyak 1 juta ringgit Malaysia untuk direalisasikan untuk kebaikan semua yang kini semakin mendapat sambutan.
BACA: Pertama Di Malaysia! Beli Dan Buat Smoothie Anda Sendiri Dengan FitGo Smoothie
Untuk mengetahui isi lanjut berkenaan kemajuan serta proses pembangunan perniagaan snek sihat yang mudah dinikmati secara on-the-go ini, Wanista sempat mewawanncara Jess Lin secara atas talian bagi mendapatkan maklumat lanjut terperinci mengenai perancangan masa hadapan Fitgo Soothies serta pembaharuan yang bakal diperkenalkan dalam masa terdekat demi memberi lebih banyak pilihan menarik buat penggemar minuman sihat yang mengenyangkan seumpamanya.
#1 Fitgo Smoothie adalah sangat sesuai buat mereka yanng menggemari snek on the-go, selain daripada khasiatnya…apa lagi faedah lain yang akan ditawarkan oleh Fitgo sendiri?
Revolusi makanan sihat yang digabung dengan permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat tentunya menjadi keutamaan kami tatkala mula melancarkan Fitgo Smoothie. Kami mahu memberi pilihan kepada para pengguna dengan pengalaman membeli yang memudahkan dengan penggunaan mesin layan diri.
Apa yang lebih menarik, harga smoothie yang kami tawarkan jula jauh lebih murah dan berpatutan berbanding harga smoothie jenama-jenama lain.
#2 Buat masa ini, hanya 7 perisa yang ditawarkan… Adakah Fitgo akan menambah seleksi perisa baru pada tahun berikutnya?
Ya, kami masih merancang dan sedang dalam proses mencipta perisa baharu yang merangkumi sumber dan bahan enak lain seperti smoothie ais krim, smoothie yogurt beku (FroYo) serta perisa istimewa bulanan yang akan dimaklumkan dari masa ke masa.
#3 Apakah perisa kegemaran yang menjadi pilihan utama para pelanggan Fitgo Smoothie?
Sudah tentu campuran The Red yang mengandungi buah naga, tembikai, strawberi dan tomato. Itu adalah perisa pilihan yang paling popular buat masa ini.
#4 Apakah tujuan atau keinginan peribadi anda apabila mula-mula terfikir untuk mencipta mesin layan diri smoothie yang hebat ni?
Konsep Fitgo Smoothie ini muncul dalam benak fikiran ketika saya sedang dalam sebuah program pengantian makanan berasaskan protein. Dalam tempoh waktu itu, saya berdepan kesukaran untuk menyediakan seleksi makanan yang lebih berperisa dan sering dipengaruhi kekangan masa menyediakan sajian yang memanfaatkan buah-buahan serta sayuran secara sempurna.
Dari situ, saya cuba menyelesaikan permasalahan dengan mencari kalau-kalau ada mesin layan diri yang boleh menghasilkan minuman berkhasiat yang sesuai untuk individu berdiet namun ternyata, mesin sebegitu tidak wujud di Malaysia. Sejak dari itu, saya berasa projek ini berpotensi dan terus mahu melaksanakannya.
#5 Boleh terangkan lebih lanjut mengenai ProYo dan elemen apakah yang paling penting untuk menghasilkan smoothie paling sedap? Adakah bahan-bahan menjadi kunci utamanya?
Bekalan bahan yang digunakan dalam proses penghasilan Fitgo Smoothies adalah segar diambil dari ladang serta pasaraya borong. Keseluruhan sayuran dan buah-buahan telah dibersihkan secara sistematik, dipotong dan ditimbang merujuk pada resipi sebenar sebelum dipek dalam bekas cawan smoothie yang dibentuk menjadi kiub-kiub yogurt protein beku. Ia mengandungi probiotik, protein soya asli serta prebiotik.
Bukan itu sahaja, terdapat tujuh campuran perisa yang berbeza berdasarkan aneka warna ramuan yang pelbagai di mana setiap satu cawan hidangan Fitgo Smoothie dianggar mengandungi 192 hingga 236 kolari, 12g protein serta lebih 40 juta koloni bakteria kultur hidup yang menyokong penghadaman baik untuk tubuh.
“Saya percaya smoothie yang enak adalah smoothie yang seimbang dari segi nutrien dan menggunakan perisa asli kerana kebanyakan smoothie yang ada di pasaran menggunakan kordial perisa tiruan serta ais yang terlalu banyak”.
Untuk keterangann lanjut, sila klik [www.fitgosmoothie.com] atau lawat laman Facebook FitGo Smoothie di [www.facebook.com/fitgosmoothie].