Penantian berakhir dengan kemunculan Koleksi MAC Snowball Holiday 2017!
Jangan buang masa, mari kita mulakan dengan barisan produk yang ditawarkan untuk koleksi edisi terhad yang mempesona dan memukau ini.
Terdapat mini lipstick kit yang terdiri daripada 12 rona, set berus mekap gold dan silver, set eyeshadow berkilau, ada juga set bulu mata palsu kalau anda nak jadi seperti Che Ta dan beberapa lagi yang lain.
Selain itu, highlight untuk pembungkusan emas dan perak untuk setiap koleksi, sesuai dijadikan hadiah sempena musim perayaan yang mendatang. Anda bukan sahaja gembira untuk memberinya malah sahabat, ahli keluarga atau orang tersayang yang menerimanya juga akan gembira.
Untuk lebih jelas, ini Koleksi MAC Snowball Holiday 2017:
#Mini Lipstick Kit
#Eye Compact
#Brush Kit
#Snowball Eye Bag
#Mini Pigment
#Lip Gloss
#Set Bulu Mata Palsu
Macam mana teruja tak dengan koleksi ini? Bikin mata anda penasaran, bukan? MAC Snowball Holiday 2017 sudah berada di pasaran November ini di seluruh negara.