Orang yang dilahirkan berambut kerinting kebanyakannya akan berasa yang diri mereka kurang menarik dan sangat mendambakan rambut lurus.
Manakala individu yang beruntung memiliki rambut yang lurus pula kemaruk menggunakan pelbagai produk termasuklah membeli penggulung elektrik berjenama semata-mata mahu mendapatkan rambut yang bertekstur kerinting.
Sebelum ini, Wanista pernah berkongsikan tips dan cara bagaimana mahu mendapatkan hasil rambut kerinting tanpa menggunakan suhu kepanasan daripada penggulung elektrik yang adakalanya akan merosakkan rambut asli kita.
BACA: DIY Rambut Kerinting! 8 Helah & Tips Kerintingkan Rambut Tanpa Penggulung Elektrik
Kali ini, sekali lagi Wanista hendak kongsikan helah bagaimana anda semua boleh mendapatkan tekstur rambut kerinting halus (kerinting maggi) dengan hanya menggunakan lidi sate! Hasilnya, seperti gaya rambut milik Rihanna suatu ketika dahulu.
Barang yang diperlukan:
- Lidi sate
- Bekas semburan yang diisi air paip
- Beberapa urat getah rambut halus (mengikat gulungan pada lidi)
- Pengering rambut (jika mahu gulungan cepat dibuka)
- Semburan rambut (untuk mengekalkan kerinting lebih lama)
AMARAN! SILA BUANG BAHAGIAN LIDI YANG TAJAM TERLEBIH DAHULU
Cara:
1. Sisir rambut agar tidak kusut.
2. Ambil sedikit bahagian rambut kemudian semburkan dengan air. Pastikan semburan kena pada keseluruhan bahagian rambut. ***kerinting hanya akan ‘menjadi’ bila rambut dalam keadaan basah
3. Ambil sebatang lidi lalu gulungkan rambut dikelilingnya, bermula daripada pangkal (kulit kepala) hingga ke hujung.
4. Ambil getah lalu ikatkan bahagian hujung rambut yang telah siap digulung pada lidi supaya gulungannya tidak tertanggal dan kekal ketat.
5. Lakukan langkah sama pada keseluruhan rambut dan biarkan ia selama 3 hingga 5 jam.
6. Jika anda mahu cepat, boleh guna wap panas daripada pengering rambut untuk mempercepat proses pengerintingan.
7. Setelah cukup masa, boleh tanggalkan getah dan rambut daripada lidi.
8. Sekarang… bolehlah gayakan rambut mengikut cita rasa! Boleh ikat menjadi “bun” atau biarkan ia lepas bersahaja.
9. Kalau mahu kerinting tahan lama, semburkan sedikit hair spray.
Tonton Tutorial Kerintingkan Rambut Dengan Lidi
https://www.youtube.com/watch?v=tbxPlDAmmI0
Cantik kan?
Jika mahu kerinting yang lebih besar, boleh cuba guna chopsticks atau apa sahaja lidi yang lebih besar saiznya.
Pergi kedai tapi tak jumpa lidi sate? Guna straw pun boleh! Cara dan hasilnya sama sahaja. 🙂
Tutorial Kerintingkan Rambut Dengan Straw
Selamat mencuba! ❤️