Pernah dengar kata orang,
“Kehidupan lelaki yang sebenar akan bermula ketika umurnya mencecah 40 tahun”? Lebih senang untuk kita jelaskan bahawasanya, rata-rata lelaki akan mula menggatal dalam tempoh usia yang ini. Opss!
Bukannya penulis cakap tanpa fakta tetapi, itulah hakikat yang berlaku dalam dunia realiti hari ini. Apabila dosa sudah menjadi perkara biasa dalam norma masyarakat kita hari ini…
Menurut sebuah kajian yang pernah dilakukan sekitar 2009, lebih 90% wanita bujang mengaku yang mereka tertarik pada jejaka yang sudah berkahwin manakala 59% di antaranya pula mahu meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya bersama lelaki berkenaan apabila lelaki itu mengaku yang mereka masih bujang.
Untuk itu, di sini Wanista senaraikan faktor mengapa wanita sering mudah tertarik pada lelaki yang berstatus “laki orang”.
#1 Selalu Gagal Ke Arah Perhubungan Yang Komited
Memang susah untuk menemui lelaki yang sempurna zaman ini. Rata-ratanya lelaki hanya pandang rupa tanpa mengambil peduli betapa hati dan budi yang harus diutamakan kerana kecantikan itu boleh diolah secara fizikal dengan pemakaian mekap dan sebagainya.
Nah, oleh itu, kebanyakkan wanita yang pernah dikecewakan akan terjerumus untuk terjebak dengan percintaan bersama suami orang. Ternyata, lelaki yang pernah berkahwin lebih senang dengan wanita bersifat keibuan serta tahu akan kehendaknya berbanding gadis yang rupawan.
Kata pakar, gaya hidup wanita masa kini yang sibuk juga mempengaruhi faktor mengapa mereka suka lengah-lengahkan perkahwinan. Mereka tidak bersedia untuk menyulam percintaan serius dan hanya sekadar mahu mengisi kekosongan dan kesunyian lalu bercintalah mereka dengan lelaki yang berstatus suami orang itu.
#2 Obses Dengan “Drama Sandiwara”
Mental. Mana ada orang yang waras sanggup melukakan hati perempuan lain bila membayangkan lelaki yang dicintainya itu adalah milik orang lain dan sudah pun mempunyai anak-anak. Wanita yang tergamak membuat perkara keji untuk menjalin hubungan intim dengan suami orang boleh dikira sebagai gila atau tidak waras.
Seolah diulit mimpi indah, tanpa sedar mereka sebenarnya obses untuk bergelumang dalam kebahagiaan yang belum pasti. Suka membiarkan diri terapung dalam drama sandiwara yang dia sendiri tahu adalah salah dari segi sivik, agama dan undang-undang manusia.
Sememangnya, wanita sebegini bermasalah dari segi jiwa dan mentalnya. Siapa yang terasa tu, lekas berjumpa kaunselor supaya tak terus merosakkan kebahagiaan orang lain.
#3 Seronok Bila Ada Lelaki Yang Melayan
Pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin betul tak? Memang tuhan jadikan wanita itu seorang insan yang suka dimanja dan dibelai. Apabila ada lelaki yang melayan, lagi menjadi-jadilah perangainya. Nak pula, lelaki yang berkahwin ni sudah lebih berpengalaman dalam memahami kehendak dan naluri perempuan, jadi senanglah mereka penuhi kemahuan perempuan. Siapa yang mudah cair dengan kata-kata manis, hati-hatilah. Jangan sampai bersatu dengan dengan milik orang pula!
#4 Main-Main Tetapi Lama-Kelamaan Jadi Sayang
Dalam drama kita selalu lihat teman-teman sepejabat mencabar rakannya untuk cuba mengorat atau menggoda seorang hamba Allah. Hmm… mula-mula memang lah tak serius sebab sekadar mahu tunjuk hebat depan teman-teman lain tetapi akhirnya, dia juga yang terjerat dan sudahnya bercinta dengan suami orang. Lain kali jangan bermain dengan api, sekarang tanggunglah akibatnya.
#5 Wanita Itu Juga Sudah Berkahwin
Ini biasa terjadi. Isteri orang bercinta dengan suami orang. Bila ditanya mengapa? Dua-duanya mahu mencari kebebasan dan pernah ada sejarah bersama sebelum ini sebagai pasangan yang pernah bercinta sakan. LOL.
Sebab tu bahaya kalau isteri atau suami pergi majlis perjumpaan (reunion) sekolah atau universiti lama. takut terjumpa balik ‘awek’ atau ‘pakwe’ lama. Bila masing-masing dah jatuh hati semula, memang parah lah jadinya. Lebih-lebih lagi kalau masing-masing sudah berkeluarga.
Bak kata orang, cinta pertama itulah yang paling awesome! Umpama Selena dan Justin Bieber lah. Gaduh bertahun pun, akhirnya berbaik dan bercinta semula kan…
#6 Hargai Suami Orang Kerana Mereka Sanggup Berkorban
Bukan senang nak minta cerai pada isteri. Bila lelaki itu sanggup bersusah-payah menyiapkan dokumen cerai, berani berdepan dengan isterinya untuk memberitahu hal sebenar, pastinya wanita yang gilakan suami orang ini tadi akan berasa kagum kerana menganggap lelaki begitu adalah yang paling genuine sifatnya.
Tetapi beringatlah jika lelaki itu sanggup meninggalkan isteri serta anak-anaknya, kamu juga tidak akan ketinggalan untuk diperlakukan sebegitu rupa. Ya… melainkan kalau itu yang tuhan takdirkan untuk kamu berdua kerana pada dasarnya, hidup ini berputar dan kita tak selalunya akan bahagia dengan pilihan yang kita lakukan.
#7 Jenis Gila Harta
Tak mustahil wanita yang sukakan suami orang ini bersifat materialistik. Ye lah, lelaki bujang selalunya baru nak mulakan hidup, kerja biasa-biasa dan masih bertatih mengumpul harta. Manakala lelaki yang sudah berkeluarga pula lebih stabil kehidupannya. Hmm… perempuan mana yang tak seronok bila dirinya dihujani hadiah serta pemberian yang mahal-mahal demi ‘mengenyangkan’ nafsu kebendaan… Tepuk dada, tanyalah selera.
Semoga bermanfaat ❤️