Fesyen, Lookbook

Puma x XO Bersama The Weeknd Cetus Fenomena Dengan Koleksi Denim!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
Puma x XO Bersama The Weeknd Cetus Fenomena Dengan Koleksi Denim!

Selepas mendapat sambutan menerusi koleksinya yang terdahulu bersama The weeknd, kali ini PUMA sekali lagi memberi keterujaan kepada para pengikut dan penggemar helaian fesyennya dengan beberapa helaian terbaharu yang menyaksikan denim sebagai fokus utama untuk koleksi musim luruh dan sejuk tahun ini.

Foto -Arkib Wanista

Koleksi itu mendapat sentuhan magis -mengetengahkan konsep versatile termasuklah jaket denim lusuh yang diterap dengan perincian kolar berwarna serta lapisan fabrik bercetak untuk cetus fenomena eksentrik lagi menawan.

Rekaan celana jeansnya pula membawakan suatu kelainan apabila perinciannya dapat dilihat pada bahagian belakang dan bukannya terletak di hadapan seperti kebanyakan jeans yang kita sering lihat.

Antara helaian lain daripada koleksi terkini PUMA x XO yang bakal dipasarakan bermula 26 November ini adalah termasuk baju-T, hoodies, kimono denim, beg duffle, topi dan banyak lagi.

Foto -Arkib Wanista

Dengan pelancaran koleksi ini juga, Puma mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sepatu PUMA XO Parallel yang memiliki reka bentuk ‘gagah’ bersesuaian dengan jiwa anak muda ranggi masa kini.

Potongan pergelangan kaki tinggi yang menjadi kegilaan ramai penggemar sneakers. Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanitsa

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.puma.com] atau lawat laman facebook rasmi PUMA Malaysia di [www.facebook.com/PUMAMalaysia].

BACA  Jom Bergaya Ala 'Couple Look' Ikut Cara Putera William Dan Kate Middleton