Hiburan

Foto Won Bin Ketika Usia Muda Bukti Beliau Aktor Terkacak Korea Selatan

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Foto Won Bin Ketika Usia Muda Bukti Beliau Aktor Terkacak Korea Selatan

Tular di media sosial, koleksi foto bintang Korea hebat Kim Won Bin di usia mudanya sekitar 20-an telah muncul semula dan hangat diperkatakan. Rata-rata kagum dengan kekacakan rupa paras yang dimilkinya.

IKLAN

Dikenali sebagai pelakon terbaik dan terkacak di Korea Selatan, jadi sudah tentu anda dapat mengagak bagaimana rupanya ketika remaja.

Won Bin membuatkan ramai wanita gila bayang sejak debut sulungnya menerusi drama KBS Propose pada tahun 1997. 

Ketika debut dalam drama KBS Propose tahun 1997. Foto – Pinterest
Tahun 1997. Foto – Koreaboo

Dengan fizikal yang tinggi lampai, kulit sawo matang (kulitnya agak tan, terserlah imej kelakian), bentuk muka dengan dagu yang agak tajam dan runcing menyebabkan beliau digelar “CG” (Computer Graphics), segalanya kerana rupa paras yang sempurna.

Drama Korea Jepun, Friends. Foto – ilbe.com
Bawa watak antagonis dalam Autumn In My Heart. Foto – Soompi

Tak percaya? Lihat sahaja ketika beliau berambut panjang paras bahu. Siapa aktor lelaki yang boleh berambut sebegini?

Foto – www.koreaboo.com
Foto – D-Addicts

Dan siapa yang tak boleh lupa Won Bin dalam drama yang mencipta fenomena di Malaysia suatu masa dahulu, Autumn In My Heart bersama Song Hye Kyo dan Song Seung Hun.

Foto – Soompi

Sama ada tua atau muda, nampaknya Won Bin langsung tidak dimamah usia. 

Foto – allkpop

Drama Autumn In My Heart forever be my favourite!

RUJUKAN

IKLAN