Percutian saat yang dinantikan oleh semua orang bukan? Angan-angan untuk terbang menjelajah ke negara lain pasti menjadi angan-angan dan percutian mewah adalah impiannya.
Para selebriti sinonim dengan kelimpahan mewah yang mereka dimiliki dimana ‘popular’ menjadi rezeki kepada mereka. Seronok bila dapat lihan akaun media sosial selebriti tidak sudah dengan gambar menarik. Lebih lagi kalau dimuatnaik gambar percutian. Cemburu sangat!
Jika anda teruja untuk mengikut percutian bak selebriti, jom selidik destinasi percutian kegemaran mereka dimana?!
#1 Selena Gomez – Dubai
Kenapa?: Kota mewah yang mempunyai bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai dan cuaca panas sesuai dengan si ranggi Selena Gomez.
#2 Rozita Che Wan – Eropah
Kenapa?: Lihat sahaja gaya anggun Che Ta, pasti banyak pilihan fesyen dan jenama-jenama terkemuka yang Che Ta shopping disana. Cuaca pulak memang dingin memang tak penat kalau nak window shopping.
#3 Karisma Kapoor – Thailand
Kenapa?: Siapa yang tidak jatuh hati dengan warna biru laut milik Thailand. Memang minat Karisma untuk bercuti diatas kapal persiaran dengan menjelajah pulau-pulau kecil disana.
#4 Priyanka Chopra – Perancis
Kenapa?: Kota romantis dan seni teragung. Priyanka dikatakan banyak menghabiskan masa disana untuk mencari ilham sambil menghilangkan diri dalam dunia popular.
#5 Putera William dan Kate Middleton – Pergunungan Alps
Kenapa?: Sudah menjadi kebiasaan keluarga diraja British menghabiskan waktu percutian di Switzerland dan mengasah kemahiran ski mereka.
#6 Awal Ashaari dan Scha Alyahya – Jepun
Kenapa?: Sejak diangkat menjadi duta minuman susu kultur dari Jepun, acap kali melihat keluarga kecil ini mengembara kesana. Sudah pasti keindahan alam dan budaya Jepun juga sebab mereka kerap ke negara matahari terbit.
#7 Ariana Grande – Australia
Kenapa?: Australia benua yang penuh dengan misteri. Lihatlah Ariana seronok bermain dengan ‘kawan baru’ di Zoo Beerwah, Queensland.
#8 Katharine McPhee – Hawaii
Kenapa?: Pulau impian setiap selebriti tau Hawaii ini. Memang sure lah Katharine pun tak nak terlepas peluang untuk menikmati percutian mewah Hawaii.
#9 Ashley Graham – Bali
Kenapa?: Mat Salleh memang suka cuaca panas, berangin dan bunyi desir ombak bukan? Bali pun beri semua pilihan tadi dengan pelbagai tarikan budaya dan sejarah.
#10 Nora Danish – Iceland
Kenapa?: Keindahan musim sejuk negara Iceland menarik perhatian Nora untuk bercuti dan mengadakan sesi fotografi disana sekaligus. Amboi! Sambil bercuti boleh kerja lagi Nora. Iklim sejuk memang selasa untuk buat aktiviti dua dalam satu.
#11 Kourtney Kardashian – Mesir
Kenapa?: Ini antara impian Kourtney menatap keagungan piramid yang tersergam dipadang pasir. “It still feels like a dream,” kata Kourney didalam percutian ini.
#12 Ansel Elgort – Malaysia
Kenapa?: Kalau anda tak tahu, Ansel dikatakan begitu taksub dengan Malaysia ketika mula-mula menjejak kaki disini. Ada sahaja gambar-gambar menarik di Malaysia beliau muatnaik. Teruja betul!
Sekarang dah kena mula menabung nak bercuti! Paling penting bercuti pun ikut bajet ya jangan terikut sangat macam selebriti pula. Hehehe…