Sifat manusia sendiri yang kadang-kadang terlalu ikutkan ego sehingga boleh mencetuskan pertengkaran di antara pasangan, tidak kisahlah suami isteri mahupun kekasih. Ada pertengkaran terjadi disebabkan hal yang remeh kerana sikap anda berdua yang tidak mahu mengalah, dua-dua tidak mahu tunduk apatah lagi mengaku salah.
Tetapi bagaimana jika anda menyedari bahawa pertengkaran berpunca dari kesalahan anda sendiri? Ingat jangan sampai keegoan anda menjadi punca keretakan hubungan. Bila sudah begini, sebaiknya segera meminta maaf kepada pasangan.
Tapi masalahnya bagaimana cara yang betul?
Yang pertama, cuba untuk mencari momen dan masa yang betul, jangan dilakukan semasa pasangan sedang emosi dan tidak boleh berfikir dengan baik. Biarlah keadaan lebih tenang, beri dia masa untuk meredakan emosi. Mungkin anda boleh menyediakan makan malam sambil berbincang keadaan hubungan anda.
Hal ini sangat penting untuk menarik perhatian pasangan. Minta maaf anda harus ikhlas dan jangan ragu untuk melakukan interaksi melalui mata. Mata dapat mengeluarkan ekspresi apa yang sebenarnya terbuku dalam hati anda.
Ramai gunakan cara ini tetapi percayalah sampai bila nak gelapkan kesalahan diri dengan wang ringgit? Kejujuran tidak boleh digantikan dengan bunga atau hadiah mahal sekalipun. Hal ini boleh ditafsirkan sebagai ‘rasuah’ semata-mata. Bila ingin berikan hadiah, lebih baik dilakukan nanti, setelah anda meminta maaf. Hadiah akan lebih bermakna apabila dilakukan dengan ikhlas.
Jangan membuat permohonan maaf anda secara berbelit-belit dan cuba justifikasi diri anda atau kata mudah cuba analisis kesalahan, itu menunjukkan seperti anda tidak ikhlas. Sebaiknya, katakan kepada pasangan anda “Saya minta maaf” dan berikan sedikit penjelasan mengapa anda meminta maaf dan beritahu kesalahan yang anda lakukan.
Berikan sesuatu yang dia senangi, atau lebih baik bila buatkan sesuatu yang dia senangi. Misalnya dengan kad ucapan yang mengandungi permohonan maaf atau pancing perutnya dengan memasak makanan kegemaran, ini lagi sweet.
Baca: Murah Tapi Sweet! 10 Hadiah Istimewa Untuk Si Dia Inspirasi K-Drama
Jika pasangan anda masih marah, sebaiknya berikanlah masa, akan ada peluang untuk emosinya reda. Terutama apabila pasangan benar-benar melihat keikhlasan dalam maaf anda.
Semoga Semuanya Baik-Baik!