Permainan bola sepak tidak asing lagi dinegara kita dan sudah menjadi budaya tontonan sukan. Lebih lagi pada kaum lelaki, namun kini kaum wanita pun tidak ketinggalan mengikuti perkembagan sukan nombor satu di dunia ini. Lihat sahaja apabila di Malaysia apabila Bibi Ramjani, wanita pertama dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak Kelantan.
Kecoh di media sosial baru-baru ini bila penampakan sosok wanita cantik seawal usia 20 tahun menjadi pengadil dalam perlawanan bola sepak. Karolina Bojar gadis berasal Poland mula mendapat perhatian awam setelah gambarnya ketika menjadi penjaga garisan. Dia yang masih lagi seorang pelajar dalam jurusan undang-undang tidak begitu gemar dilihat dalam gaya pandangan sebegitu.
Misi utama dia adalah untuk memberi sudut positif dalam pembabitan wanita sebagai pengadil sukan walaupun permainan itu didominasi oleh kaum lelaki.
Karolina berkata didalam perlawanan dia cuba membina hubungan yang baik dengan pemain untuk memastikan adanya rasa saling menghormati antara mereka.
Ini bukan kali pertama terdapat wanita menjadi pengadil bola sepak. Di Jerman, Bibiana Steinhaus antara pengadil wanita yang sentiasa menjadi penjaga dalam mana-mana perlawanan bola sepak terkemuka. Begitu juga dari Malaysia, Rita Ghani yang memenangi pengadil wanita terbaik di Asia!