Review - Kecantikan

6 Teknik Selamat Pakai Eyeshadow Shimmering Tanpa Comot!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
6 Teknik Selamat Pakai Eyeshadow Shimmering Tanpa Comot!

Dunia solekan kini sedang hangat dengan musim highlight dan glitter. Kalau anda lihat sekarang, dimana-mana sahaja pasti ada look yang boleh ‘membutakan’ mata anda. Cewwaahh! 

IKLAN

Pembayang mata berbentuk glitters biasanya menarik perhatian, walaupun begitu masih ramai lagi yang ragu-ragu mengayakan warna-warna dari shimmering dan glitter. Ianya cantik tapi kadangkala ia beri pelbagai kesulitan seperti cepat tanggal, tidak melekap dengan sekata pada kelopak, sisa glitter mengotorkan pada bedak asas dan ia menonjolkan garisan halus sekitar mata.

Dengar macam leceh jer kan? 

Pada anda yang mahu menyerlah bentuk mata dengan glitter dengan tanpa menghancurkan mekap yang sedia ada, ikuti tips bijak dari Wanista ini…

#1 Sembur berus pembayang mata anda dengan setting spray untuk produk glitter melekat pada berus.
Foto – Vivala
#2 Selain berus, guna jari jer! Tekanan dan haba dari jari buat produk lebih banyak melekat.
Foto – arkib Wanista.com
#3 Takut comot? apply sedikit concealer di kelopak untuk kesan pembayang mata lebih tahan lama.
Foto – Under wraps
#4 Letakkan sedikit loose powder di bawah mata untuk mengelakkan bawah mata comot jika terdapat glitter jatuh.  
Foto – Beautylish
#5 Prep kelopak mata dengan primer eyeshadow, kegunaanya sama seperti primer seluruh muka. 
Foto – Google
#5 Pilihan jenama dan jenis tekstur pembayang mata

Kini terdapat pelbagai jenama pembayang mata yang memberi pilihan palet glitter dan berkilauan. Antara palet yang menjadi pilihan penulis ialah…

TARTE Make Believe In Yourself Eye & Cheek Palette, RM175

Foto – Sephora

FENTY BEAUTY Galaxy Eyeshadow Palette (Edisi Terhad), RM240

Foto – Sephora

BECCA Eye Lights Palette (Edisi Terhad), RM220

Foto – arkib Wanista.com

Antara tiga palet diatas, palet BECCA Eye Lights Apres Ski Glow Collection (Edisi Terhad) paling memberi kesan kilauan yang lebih semulajadi dan tidak keterlaluan. Pilihan 6 warna dari coklat dan rose gold dan 1 warna transition sesuai untuk semua jenis tona kulit. Dalam palet ini juga terdapat dua warna pembayang paling laris Becca iaitu Marshmallow dan Hot Cocoa. 

IKLAN
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Penulis gemar bermain hasil shimmering palet ini kerana ia dari tekstur satin-matte dan metalik dimana pigmentasi sangat pekat dan tidak cepat jatuh. Lihat penulis swipe di tangan, pekat dan padat warnanya!

Foto – arkib Wanista.com

Pelbagai jenis eye-look anda boleh hasilkan dengan palet dari natural sehinggalah glamor, ini kerana pilihan warna dan produk kilauan yang sederhana tidak akan menyebabkan mata tampak berat. Bagi pendapat peribadi penulis, warna sebegini belum banyak lagi dibuat dalam bentuk shimmering. Biasanya warna coklat lebih banyak kepada warna-warna matte. 

Buat anda yang berkenan untuk memakai kilauan mata, penulis cadangkan untuk mendapatkan palet ini. Malah ia juga sesuai untuk mereka yang mahu berjinak-jinak meggunakan shimmering sebelum lebih heavy kepada glitter. Tapi ingat ia hanyalah edisi terhad untuk Sephora Holiday Collection 2017 di Sephora! Dapatkan di stor Sephora berdekatan dengan anda atau klik sahaja www.sephora.my/products/becca-eye-lights-palette-limited-edition/.