Jika dahulu Reebonz hanya diatas talian tapi kini mereka telah mengumumkan untuk pembukaan stor di Kuala Lumpur, Malaysia. Mempunyai lebih dari 500 jenama mewah, Reebonz Malaysia menawarkan pelbagai pilihan melalui aplikasi telefon pintar iOS dan Android.
Pembukaan butik Reebonz pertama di Malaysia bakal memberi lebih banyak lagi pengalaman membeli-belah mewah kepada pelanggan. Menariknya, kali ini pelangan boleh membuat pembelian secara atas talian, kemudian mengambilnya di butik. Ianya untuk memudahkan dan beri masa fleksibel untuk mengambil koleksi.
Bukan itu sahaja, Reboonz juga menerima jualan semula pelanggan kepada mereka. Mana-mana beg berjenama yang pre-loved atau baharu anda boleh dapatkan di Reebonz dengan kadar harga yang terbaik.
Melalui pembukaan butik fizikal Reebonz dapat menawarkan banyak lagi pilihan penggemar fesyen di Malaysia.
Lokasi Butik Reebonz Malaysia
Alamat: Lot 10, S4-S11, Tingkat 2, 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
Operasi: 10 pagi – 10 malam
No. Telefon: 03-2110 3026