Hujung bulan ini, bakal berlangsung satu pertunjukan fesyen berprestij tahunan yang dinantikan oleh peminat jenama pakaian dalam premium dari Amerika Syarikat iaitu Victoria’s Secret Fashion Show 2017!
VS Angel Lias Ribeiro sah dipilih untuk menggayakan pakaian dalam yang diperbuat daripada butiran permata mewah bagi pertunjukan fesyen tersebut yang bakal diadakan di Shanghai 29 November nanti.
Mengambil masa hampir 350 jam untuk disiapkan, “Champagne Nights” rekaan Mouawad itu memiliki butiran perincian menonjol dengan ukiran dedaun emas yang dilitupi batuan permata jenis nilam dan topaz melebihi 600 karat keseluruhannya.
Bra tersebut juga akan digayakan dengan padanan aksesori tali pinggang senada, diperbuat daripada material permata yang sama.
Tonton Lais Ribeiro Terkejut Bila Dia Diumum Untuk Menggayakan “Fantasy Bra” Tahun Ini
Setiap tahun, hanya akan ada seorang Victoria’s Secret Angel dipilih untuk menggayakan kostum berkenaan. Itu adalah suatu penghormatan bagi mereka kerana pakaian dalam yang digelar “Fantasy Bra” itu menjangkau jutaan ringgit serta mewah dihiasi permata dan diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan sebagainya.
Tahun sudah, Jasmine Tookes berpeluang menggayakan Fantasy Bra yang diperbuat daripada taburan berlian dan zamrud bernilai lebih RM7 Juta!
Supermodel Lais Ribeiro mengembangkan sayap dunia peragaannya bersama Victoria’s Secret sejak tahun 2010 dan dipilih sebagai salah seorang Victoria’s Secret Angel lima tahun kemudian sekitar 2015.