Siapa yang tidak mengenali aktor kacak manis kelahiran Filipina, Jericho Rosales. Namanya cukup gah di Malaysia selepas kejayaan drama hebat Pangako Sa Yo, Sanay Wala Nang Wakas dan banyak lagi drama lain. Lakonannya yang bersahaja, penuh dramatik dan romantis membuatkan kaum hawa di negara ini gila bayang setiap kali melihatnya beraksi.
Pada yang tidak tahu, aktor dan usahawan ini sudah pun mendirikan rumah tangga dengan model cantik Kim Jones.
Memandangkan keduanya sibuk melakukan aktiviti masing-masing, jadi di rumahlah, Jericho dan isteri mahu menikmati tidur malam yang baik dan istirehat di kediamannya yang cukup gah, serba minimalis tetapi cukup selesa.
Kediaman moden hasil binaan arkitek Buji Libarnes ini sudah membuat perancangan sejak 2005, menyoroti struktur putih penuh minimalis di setiap ruang.
Unsur neutral dan penggunaan perabot kayu cukup menghidupkan suasana selesa. Tirai putih pula memberikan privasi dan cahaya matahari masuk.
Susun atur perabot yang tidak menyemakkan memudahkan anjing peliharaan untuk bermain bersama.
Satu lagi menarik, tingkap di bahagian ruang legar dibiar terbuka untuk udara segar.
Di tengah-tengah rumah mempunyai kolam renang, ruang Jericho dan Kim Jones meluangkan masa bersama rakan dan keluarga.
Bahkan menghabiskan kualiti masa berdua juga.
Menarik bukan konsep kediaman si kacak manis Jericho Rosales ni? Atau anda lebih tertarik kepada rumah Taeyang atau dekorasi simple Bae Suzy untuk si bujang.