Dilaporkan hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan.
Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya.
Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.
Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.
Deodoran NIVEA Protect & Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect & Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara.
Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.