Pasangan kekasih selebriti K-Drama, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo kini sudah rasmi menjadi pasangan suami isteri! Mereka mengikat tali perkahwinaan sekitar jam 2 petang tadi.
Melangsungkan resepsi tertutup di sebuah hotel mewah di Seoul iaitu The Shilla Hotel, acara itu hanya dihadiri teman rapat dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dilihat tersenyum mesra saat berjalan di karpet menuju ke pentas angkat sumpah sebelum disatukan sambil disaksikan para tetamu yang dihimpunkan bersama bagi memeriahkan majlis.
Bertemakan perkahwinan dalam taman yang dihiasi rimbunan pepohon hijau dan flora, pasangan itu disatukan dengan penuh harmoni. Song Hye Kyo dilihat anggun dalam persalinan gaun klasik berlengan panjang rona putih krim mirip rekaan ball gown perkahwinan puteri Disney Cinderella, manakala pasangannya pula kacak menyarungkan tuksedo hitam yang dipandankan bersama kemeja putih dan tali leher riben.
Menurut sumber, saat mengucap angkat sumpah untuk sehidup dan semati, pasangan itu sempat menitiskan air mata. Kedua-duanya dilihat sangat terharu dengan penyatuan mereka yang akhirnya benar-benar berlaku setelah hampir beberapa bulan menanti bahagia.
Reading the vows to each other, both of them were crying, Joong Ki's dad cried too 😢 I'm emotional too 😭 #SongSongCouple #SongSongWedding
— Baul's Grandmother (@marie__pie) October 31, 2017
Usai mengucap janji setia tersebut, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo kini sah sebagai suami dan isteri. Mereka kemudian berkucupan dan berpegangan tangan menuruni pentas sumpah janji.
Congratulation🎉🎊🎎
BIG BOSS❤️BEAUTY#songjoongki #SongHyeKyo #SongSongCoupleWeddingDay #songsongcouple #songsongweddingday #SongSongWedding pic.twitter.com/M7Cblft2LO— ⓡⓒⓝⓦⓐⓝⓝ🐥💛🐰 (@rcnwann) October 31, 2017
Antara jemputan VIP lain adalah termasuk sahabat baik Song Joong Ki yang mengacarakan majlis manakala sahabat Song Hye Kyo iaitu Ock Ju Hyun pula bertanggungjawab menyanyikan lagu perkahiwnan istimewa di majlis itu.
Rakan artis Park Bo Gum tampil memainkan piano manakala Lee Kwang Soo pula membacakan surat ucapan buat para tetatmu.