Hiburan

Nak Nampak Kurus & Kacak, BTS Jimin Seksa Diri Lakukan Diet Ekstrem…

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Nak Nampak Kurus & Kacak, BTS Jimin Seksa Diri Lakukan Diet Ekstrem…

Hanya kerana nak nampak kurus dan kacak, BTS Jimin dan Jin sanggup menjalani diet ekstrem dan mencabar sehingga menjejaskan kesihatan mereka.

IKLAN

Dua ahli kumpulan popular ini mendedahkan rahsia mereka melalui program JTBC ‘Please Take Care of My Refrigerator’.

Foto – Pinterest

BTS Jimin berkongsi, “Saya mahu kelihatan kacak setiap kali melihat cermin semasa latihan menari, jadi mula sekat jadual makanan, makan sekali sehari selama 10 hari, semuanya kerana mahukan penampilan sempurna.

“Saya bergelut dan susut dengan banyak untuk menurunkan berat badan tetapi masih juga tidak kelihatan kacak,” seloroh Jimin.

Manakala Jin juga menambah, “Sepanjang proses diet, saya hanya mengambil dua pek ayam bahagian dada sehari selama setahun. Disebabkan itu, saya mengalami kekurangan zat makanan.”

Aduhai sedihnya proses diet, hanya makan ayam bahagian dada..

RUJUKAN

IKLAN