Kementerian Pengangkutan, Infrastruktur, Tanah dan Pelancongan Jepun bersama-sama Isetan The Japan Store telah melancarkan pameran Japanese High Speed Rail Shinkansen di Pusat Membeli-belah Lot 10. Pemeran tersebut mengambil tempat ditingkat 1 Isetan The Japan Store sehingga 23 November 2017 dari pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Tumpuan utama pameran ini ialah perjalanan keretapi Shinkansen menerusi bandar, rumah-rumah dan landskap realistik. Ini ialah KATO Diorama Exhibition pertama di Malaysia yang menghasilkan figura dimensi dari kemahiran kraf yang profesional. Nama KATO dikenali secara global sebagai syarikat pembuatan untuk produk keretapi.
Shinkasen nama yang digunakan untuk keretapi laju di Jepun bermaksud ‘garisan batang baru’ atau lebih dikenali servis keratapi laju. Keretapi Shinkasen biasanya melalui beberapa stesen terbesar sahaja dan diperincikan sebagai keretapi paling laju serta selamat didunia. Bayangkan, ia bergerak dengan kelajuan 320 kilometer sejam.
Pameran ini menggalakan orang ramai lebih tahu mengenai keretapi laju dan meraikan projek keretapi laju melalui Malaysia dan Singapura. Terdapat pelbagai aktiviti mingguan sepanjang pameran berlangsung. Antaranya:-
- 250 pengunjung pertama (hujung minggu sahaja) yang muat naik apa sahaja posting dengan #projectshinkansen akan menerima cenderahati eksklusif pen ‘Frixion’
- 27 Oktober: Semasa hari pelancaran, pengunjung boleh mencuba simulasi operasi keratapi. Terhad kepada 90 pengunjung sahaja dan sebarang pembelian dari Isetan The Japan Store bakal menerima gula-gula edisi terhad Shinkansen
- 4 & 5 November: Sebarang pembelian dari Isetan The Japan Store membolehkan pengunjung untuk bermain permainan budaya Jepun ketika Festival Ennichi
- 18 & 19 November: Belajar membuat Shinkansen di bengkel kraftangan unik