Amat mengejutkan! Jika anda penonton setia program 2 Days 1 Night pasti mengenali bekas ahli program tersebut Kim Joo Hyuk yang telah meninggal dunia akibat kemalangan di Samseong-dong, Seoul, Korea Selatan.
Beliau yang cukup dikenali dalam program tersebut sejak Disember 2013 hingga November 2015. Paling menyayat hati, hasrat untuk berkahwin bersama kekasihnya Lee Yoo Young juga musnah.
Menurut dari laporan polis, kereta jenis pacuan empat roda yang dipandu oleh Joo Hyuk melanggar sebuah kereta lain kemudian terbabas dan merempuh dinding sebuah pangsapuri. Rempuhan tersebut menyebabkan keretanya terjatuh ke lorong pejalan kaki bawah tanah. Beliau diselamatkan orang ramai, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketika kejadian berlaku, Yoo Young sedang menjalani penggambaran untuk program Running Man. Terkejut dengan berita tersebut, pihak produksi Running Man terpaksa berhenti untuk penggambaran.
Ketika Kim Joo Hyuk masih hidup, beliau sering menyatakan hasrat untuk berkahwin dan memiliki seorang anak. Bertambah sedih, beliau juga baru sahaja memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik di Seoul Awards minggu lalu.