Jika dahulu kulit putih gadis Korea sering jadi pujaan, kini ada pula trend baru di sana untuk mendapatkan kulit kaca atau glass skin.
Apa itu kulit kaca?
Kalau anda lihat kulit muka aktor dan aktres Korea yang seolah-olah langsung tidak punya tekstur. Tiada pori-pori, licin, lembut dan seolahnya seperti lutsinar bersihnya tanpa ada sedikit kotoran. Menariknya tentang kulit kaca ini, sebenarnya ia seolah-olah mempromosikan tentang kebersihan kulit dan paling terbaik mengajar erti usaha untuk mendapatkan kulit yang bersih bukan hanya dari makan produk kecantikan semata-mata.
Pada pendapat peribadi penulis, faktor cuaca dan keturunan dari keluarga memberi kelebihan kepada orang Korea untuk memiliki kulit bersih sebegitu. Namun tidak salah kita orang Malaysia yang rata-rata mengejar untuk kulit putih bersih mencuba rutin sebagaimana yang tengah trend di Korea.
Jangan terkejut satu rutin membersih wajah mengambil lebih dari 5 langkah, sama seperti bila Jessica Jung. LIHAT: (Video) Jom Tiru 16 Rutin Pagi Jessica Jung! Patutlah Kulit Tampak Mulus
Tular apabila gadis Korea yang tinggal di Los Angeles berkongsi tentang rutin, produk dan cara dia memiliki kulit kaca. Ellie Choi yang juga bekerja sebagai jurusolek profesional tidak lokek mengajar pengikut Instagram dengan memuatnaik posting kecantikan sehingga menerima 29.9 ribu likes.
https://www.instagram.com/p/BafliPWlXpZ/?taken-by=elliejellyb3an
Menurut dari Ellie, dia mempunyai kulit jenis kombinasi iaitu berminyak di zon-T dan kering disekitar pipi. Jika anda keliru untuk mendapatkan produk seperti Ellie, guna sahaja produk yang sememangnya okay dengan anda dan kemudian ikut sahaja rutin yang dia lakukan bermula dengan:-
❤️ Membersih segala kotoran dan bekas mekap dengan makeup remover.
❤️ Mencuci muka menggunakan produk pencuci muka yang tidak mengeringkan. Wanista cadangkan: Kulit Berminyak Dan Jerawat Paling Sesuai Pakai Pencuci Muka Ini! atau anda juga boleh cuba teknik double cleansing yang juga idea dari orang Korea. Baca: Kulit Mulus Dan Bersih Wanita Korea Hasil Teknik Cuci Muka Double Cleansing
❤️ Toner! Ramai yang skip langkah ini tanpa sedar masih ada lagi sisa kotoran dan minyak yang tertinggal terutamanya di liang pori-pori.
❤️ Langkah melembab dari Ellie sedikit unik, dia menggunakan 2 jenis pelembab dari produk yang berbeza sekaligus. Baca: Ada Beza Ke Pelembab Muka Mahal VS Yang Murah Atau Sama Jer?
❤️ Setiap seminggu sekali, pastikan anda lakukan scrubbing untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran degil yang terperangkap dalam kulit. Ini supaya kulit tidak kelihat kusam dan biar kulit tampak berkilat.
❤️ Sama seperti scrubbing, setiap seminggu sekali atau dua. Ellie akan memanjakan kulit dengan memakai masker muka (sheet mask) untuk kesan lembapan mendalam.
❤️ Dan menurut Ellie apa yang paling mustahak ialah tentang diet pemakanan. Ellie elak mengambil makanan bergoreng dan berminyak kerana ia beri kesan buruk pada kulit. Selain itu, pastikan anda sentiasa kekal hidrasi (minum air kosong banyak) dan jangan lupa pada buah serta sayur-sayuran (vitamin).
Pada anda yang benar-benar untuk bertekad merasai kulit kaca bak gadis Korea, apa kata ikuti langkah-langkah dari Ellie Choi yang sangat berdisiplin dan agresif. Belum cuba, belum tahu!