Kaki travel, kini Scoot telah melancarkan penerbangan sulungnya dari Singapura ke Kuching. Kuching merupakan destinasi Malaysia Timur pertama bagi syarikat penerbangan tambang rendah tersebut.
Laluan baharu Singapura-Kuching merupakan penerbangan terus setiap hari dan destinasi kelima Scoot di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.
Pelancaran penerbangan ke Kuching menjadikan rangkaian Scoot kini merangkumi 60 destinasi di 16 negara. Sempena dengan selesainya penggabungan Scoot-Tigerair di bawah satu jenama Scoot, syarikat ini pada 25 Julai 2017 lalu mengumumkan rancangannya untuk memulakan perkhidmatan ke empat lagi destinasi – Kuantan di Malaysia, Honolulu di Amerika Syarikat, Harbin di Timur Laut China dan Palembang di Indonesia.
Memandangkan cuti panjang pada hujung tahun akan tiba tidak lama lagi, inilah masa terbaik untuk merancang percutian anda yang seterusnya. Nikmati yang luar biasa dan tempah tiket anda sekarang di www.flyscoot.com!