Institusi Jantung Negara (IJN) dan Pfizer Malaysia telah berganding bahu melancarkan sebuah buku panduan untuk membantu orang ramai memahami tentang tanggapan umum dan mitos mengenai kolesterol. Buku bersaiz poket “All You Need to Know About Cholesterol” diterbitkan sebagai panduan mudah difahami dan membantu pesakit mendapatkan fakta yang betul tentang pengurusan kolesterol agar dapat membezakan antara maklumat tepat dan berita palsu mengenai kolesterol.
Dua daripada lima rakyat Malaysia tidak sedar mereka mempunyai paras kolesterol yang tinggi, iaitu meliputi 38.6% atau kira-kira 7.8 juta rakyat Malaysia. Paras kolesterol tinggi dan penyakit koronari yang berkaitan ialah pembunuh senyap yang tidak memilih mangsa, tiada tanda amaran atau gejala sehingga kejadian buruk telah menimpa.
Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lebih dari tujuh daripada 10 pesakit yakin terhadap keupayaan mereka untuk mendapatkan jawapan tentang penjagaan kesihatan. Disamping itu, orang ramai juga menerima pelbagai maklumat dari pelbagai sumber tetapi tidak semestinya bermakna mereka menerima maklumat yang tepat dan sahih.
Atas sebab itulah IJN dan Pfizer Malaysia menyediakan buku panduan bagi menggalakkan lagi kefahaman dan kesedaran lebih mendalam tentang pengurusan kolesterol dan betapa pentingnya perbincangan antara pesakit dan doktor. Atas usaha meningkatkan keberkesanan bagi pesakit dan mengurangkan statistik semasa kes yang belum disahkan.