Julung kalinya, Samsung Malaysia Electronics membuka sebuah studio yang dipanggil Samsung Calaxy Studio bersempena pelancaran telefon pintar terbaharunya iaitu Samsung Galaxy Note8.
Samsung kini membuka peluang kepada semua warga tempatan untuk merasai sendiri pengalaman memacu dan melihat lebih dekat gajet inovasi Samsung termasuklah Gear VR, Gear 360 dan banyak lagi!
Galaxy Studio Kuala Lumpur yang berdiri megah di kaki lima Bukit Bintang itu adalah salah satu yang utama selain bandar-bandar utama di negara lain seperti Sydney, Stockholm, Dubai dan Hong kong.
Lihat Apa yang Menarik Di Samsung Galaxy Studio Kuala Lumpur!
https://www.youtube.com/watch?v=qK0Urs_jsnM
Akan beroperasi selama tiga bulan sehingga 31 Januari tahun hadapan, pengunjung yang hadir bisa mencuba sendiri peranti-peranti terkini dari Samsung serta berpeluang bermain dan melihat kehebatan teknologi yang dihasilkan Samsung menerusi rekaan serta sistem gajetnya.
Bukan itu sahaja, petugas yang bertugas di Galaxy Studio akan sehabis baik memberi khidmat bantuan profesional andai terdapat kemusykilan yang perlu diperjelaskan mengenai harga atau sebarang fungsi dan ciri peranti.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.samsung.com/my/offer/galaxy-studio-2017]