Lobak merah memang sedap kalau dimakan mentah, ditambah kedalam sup sebagai penaik seri warna makanan dan paling enak dibuat jus!
Tapi paling digemari ramai ialah bila dibuat jus lobak merah dan sesuai sangat dengan tekak manis manis orang Malaysia. Jus lobak pasti ditambah dengan susu manis dan ais sebegai pelega rasa panas. Betul kan?
Umumnya ramai tahu, sayur lobak merah kaya dengan Vitamin A dan beta carotene yang bagus untuk kesihatan mata. Kekurangan beta carotena dan Vitamin A boleh menyebabkan visual mata menjadi tumpul! Namun jangan ingat kebaikan lobak merah hanya untuk mata anda. Banyak lagi kebaikan tersembunyi dari sebatang lobak merah.
Jom selidik!
#1 Melegakan Sistem Penghadaman
Lobak juga kaya dengan diet fiber yang bagus untuk melancarkan pergerakan najis. Selain itu ia juga mampu menyingkirkan segala toksik yang telah terkumpul didalam badan.
#2 Meningkat Imunisasi Badan
Sebagaimana dengan kenyataan lobak kaya dengan Vitamin A tapi tahukan anda Vitamin A membawa ejen anti-bakteria dan antiseptik. Jadi badan tidak mudah jatuh sakit dengan lindungan Vitamin A.
#3 Kulit Bersinar
Warna oren lobak merah yang kaya dengan Vitamin A dan antioksida sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit. Malah ia juga mampu melindungi kulit dari sinaran UV merbahaya yang menyebabkan kedutan dan kekeringan.
#4 Memperlahankan Penenuaan
Yup, kandungan antioksida dari lobak merah khas untuk mereka yang mahu kelihatan awet muda. Bukan itu sahaja, ia juga memperbaiki sel kulit yang telah rosak.
#5 Baik Untuk Kesihatan Gigi
Rupanya bila minum jus karot ia boleh menanggalkan kesan plak pada gigi. Hebat bukan?! Bukan sahaja pada gigi, malah kesihatan seluruh gigi terutamanya gusi juga terjaga.
Mulakan pengambilan jus lobak merah dalam diet harian anda ya!