Cinta & Perhubungan

Lelaki Ego. Bagaimana Cara Nak ‘Jinakkan’ Mereka?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Lelaki Ego. Bagaimana Cara Nak ‘Jinakkan’ Mereka?

Lelaki ego. Setaip lelaki pasti mempunyai ego masing-masing tetapi apa yang membezakannya adalah tahap keegoan mereka. Ada yang tidak ego langsung sehinggakan merayu-rayu kepada anda pabila anda mahu meninggalkannya. Manakala ada lelaki yang terlalu ego sehingga tidak pernah mengucapkan sayang kepada anda.

IKLAN

Kadang-kadang berhadapan dengan lelaki ego sangat menyusahkan malah merumitkan. Tapi, kalau sudah sayang, nak buat macam manakan.

Bagaimana agaknya cara untuk menjinakkan lelaki yang tinggi egonya?

Foto – Brilio

Lelaki yang mempunyai ego yang tinggi mempunyai masalah untuk menyatakan yang dia sukakan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat si dia rasa cemburu sehingga membuatkannya meluahkan perasaannya kepada anda. Contohnya, anda boleh merancang dengan kawan lelaki anda untuk menunjukkan minat kepada anda di laman sosial dan pastikan si dia boleh membacanya. Oleh kerana rasa bimbang anda akan jatuh ke tangan lelaki lain, si dia pasti akan meluahkan perasaannya kepada anda.

Bukankah lebih baik sekiranya si dia menunjukkan rasa sayang daripada mengucapkannya? Tidak mengapa jika si dia tidak gemar mengucapkan perkataan I Love You kepada anda jika si dia kerap bertanya khabar dan sanggup mengambil anda pulang dari kerja pada waktu malam kerana risau akan keselamatan anda. Cabar si dia untuk menunjukkan rasa sayang sekiranya susah untuknya mengucapkannya.

Foto – Tumblr

Sekiranya si dia sering bercakap besar dan menunjuk-nunjuk kehebatannya, anda harus berterus-terang dengannya. Tidak perlu menggunakan ayat berlapis kerana minda lelaki lambat untuk memproses kata kiasan. Beritahu dengannya yang anda tidak suka caranya yang suka berlagak dengan apa yang dimilikinya dan sekiranya dia masih tidak berubah, anda boleh cuba membandingkannya dengan lelaki yang lebih hebat daripadanya.

Kebanyakan lelaki yang berego tinggi mempunyai keyakinan yang melampaui batas. Mereka merasakan yang merekalah lelaki yang paling sempurna atau lebih mudah sekiranya kami klasifikasikan mereka sebagai ‘perasan bagus’. Apa yang anda perlu lakukan adalah cari kelemahan mereka dan gunakannya untuk menewaskan ego mereka.

Foto – Viva

Lelaki egois ni memang merumitkan. Kalau tak ‘pakai’ cara ni, tinggalkan je senang. Oppsss gurau je okay!

IKLAN