Philips Malaysia memperkenalkan alat dandanan rambut inovatif terkini, direka untuk membolehkan wanita mendapatkan gaya rambut keriting seperti di salon atau dimana-mana sahaja. Philips StyleCare Prestige Auto Curler merupakan teknologi terkini bagi menggulung rambut yang menghasilkan kemasan rambut keriting yang cantik malah selamat dan tidak merosakkan rambut.
Philips StyleCare Prestige Auto Curler mempunyai ciri unik seperti batang penggulung yang lebih panjang, dua pengadang pintar dan rekaan menegak yang terbuka. Bila digabungkan, ciri-ciri ini memberi dandanan keriting yang sempurna dan rambut berkilat. Ini membolehkan wanita untuk mengaya rambut dua kali lebih banyak dalam satu masa dan tiada lagi mengambil masa yang lama seperti dahulu.
Rekaan terbuka inovatif Philips StyleCare Prestige Auto Curler dibentuk menegak dan mengikuti alunan semulajadi rambut yang panjang.Tiada lagi masalah rambut tersangkut dan kesihatan rambut pengguna lebih terjamin.
https://www.instagram.com/p/Baq6NGBHdFY/?taken-by=wanistadotcom
Philips StyleCare Prestige Auto Curler dijual pada harga RM629 dan boleh didapati di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley dan Sutera Mall, Johor Bahru. Juga di rangkaian rakan runcit dan pengedar di seluruh negara dan secara dalam talian menerusi Kedai Dalam Talian Philips di http:// www.shop.philips.com.my/.